Thursday, May 31, 2012

LAPORAN HARI KE-2 KEJOHANAN RENANG PERINGKAT UMUR KALI KE-36/2012 (SEA AGE GROUP)


Berikut adalah laporan ringkas sepanjang hari ke-2 berada di Palembang.

Tarikh : 31 Mei 2012 (Khamis)
Venue : Palembang, Indonesia

Selepas mesyuarat pengurus pasukan diadakan,berikut adalah keseluruhan penyertaan dari negara-negara yang mengambil bahagian. Sebanyak 7 negara yang mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Negara-negara tersebut adalah :-
1. Malaysia
2. Brunei
3. Indonesia
4. Singapore
5. Thailand
6. Vietnam
7. Filipina

Seramai 226 peserta (Pegawai & Jurulatih 28 / Atlet 198) yang akan menyertai kejohanan kali ini dengan pecahan seperti berikut :-
1. Malaysia - 6 Lelaki / 4 Wanita
2. Brunei - 2 Lelaki
3. Indonesia - 12 Lelaki / 13 Wanita
4. Singapore - 37 Lelaki / 36 Wanita
5. Thailand - 27 Lelaki / 26 Wanita
6. Vietnam - 7 Lelaki / 5 Wanita
7. Filipina - 11 Lelaki / 12 Wanita

Kejohanan ini terbahagi kepada 3 kumpulan umur iaitu :-
Kump. 1 - Umur 15-17 tahun
Kump. 2 - Umur 13-14 tahun
Kump. 3 - Umur 12 dan kebawah

Acara yang akan dipertandingkan adalah :-
- 50m,100m,200m,400m,800m & 1500m Freestyle
- 50m,100m & 200m Backstroke
- 50m,100m & 200m Breaststroke
- 50m,100m & 200m Butterfly
- 200m & 400m Individual Medley
- 4x200m & 4x100m Freestyle Relay
- 4x100m IM Relays

Kesemua atlet menjalani latihan rasmi di kolam pada jam 9.30 pagi dan seterusnya menjalani latihan di sesi petang pada 3.00 petang. Selepas makan malam, telah diadakan satu perjumpaan antara pengurus pasukan, jurulatih dan atlet tentang acara esok. Kesemua atlet perlu bertarung di dalam kolam dengan bersungguh-sungguh kerana pemenang setiap acara hanya akan diambil berdasarkan time-final dan tiada 2 sesi (pagi heat/petang final)seperti di Kejohanan National Age Group di Malaysia. Dan ini bermakna atlet hanya berenang sekali sahaja untuk setiap acara yang diambil. Selepas itu atlet pulang ke bilik masing-masing dan perlu tidur yang cukup untuk memastikan mereka bersedia menggalas cabaran pada keesokan hari.
Selamat maju jaya untuk para perenang muda dan pelapis negara.

Sekian terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Shasha Tarmuzi

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.