Tarikh:9 Mei 2012
Tempat:Melbourne, Australia
Program latihan hari ini pada sesi pagi bermula jam 8.00 pagi di gym. Sesi latihan gym yang dikendalikan oleh luke dengan dibantu oleh pembantu-pembantu beliau semasa latihan di gym mengikut aktiviti-aktivti bebanan yang telah ditetapkan. Kumpulan elit olimpik turut menjalani latihan yang mana aktiviti gym lebih berat berbanding kumpulan junior. Mohd firdaus menjalani latihan di lebuhRaya sejauh 140 km. Sesi latihan tamat pada jam 9.30 am dan untuk sesi petang atlet hanya berkayuh di roller selama 1 jam.
Sesi sebelah petang pula hanya kumpulan elit olimpik sahaja yang menjalani latihan di trek yang mana bermula pada jam 1.30tgh. Perjalanan mengambil masa 45 minit untuk sampai ke velodrome terbuka di Glen Eina. Velodrome ini berkeluasan 370meter dan di kendalikan oleh kelab Carnegien Caufield Cycling. Velodrome Glen Eina ini telah dibina pada tahun 1952 dan telah digunakan oleh pasukan olimpik Australia pada tahun 1956, 1964 dan 1968. Permukaan velodrome adalah simen dan dilapisi oleh bahan yang sama digunakan untuk gelanggang tenis.
Terdapat juga atlet junior dari pasukan Australia yang akan juga menyertai kejohanan world junior trek di New Zealand yang turut sama menjalani latihan disini. Keadaan cuaca yang baik dimana suhu berada disekitar 17 darjah celcius tetapi angin yang kuat menyukarkan pelumba untuk pengawalan basikal serta terpaksa merintangi angin yang kuat. Sesi tamat pada jam 4.00 petang.Sesi masage pula bermula pada jam 5.00 petang dan untuk pasukan junior pada hari jumaat.
Keadaan atlet junior semuanya baik dan tiada sebarang masalah kesihatan.
Sekian laporan dari melbourne.
No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.