Tuesday, May 22, 2012

DAY 1 : LAPORAN KARNIVAL REMAJA KEBANGSAAN (KRK) SIRI 1/2012 DI KUANTAN PAHANG PADA 23 MEI 2012 (SELASA)











































- 9.30 pagi 
Pergerakan atlet Pelapis Serantau seramai 49 orang dengan menggunakan bas Majlis Sukan Negara menuju ke penginapan di Grand City Hotel, Kuantan.

- 10.30 pagi 
Pihak urus setia bergerak dari MSN ke Bandar Kuantan dengan 2 buah van.  Seramai 14 orang pegawai dan anggota dan 2 orang pemandu. 

- 3.30 petang.
Selamat sampai di Hotel Zenith iaitu sebagai penginapan urus setia.

- 5.30 petang
Pergerakan urus setia ke Venue Tinju di Tc Guest House Pantai Teluk Cempedak di mana persiapan vanue sedang dijalankan.

 - 8.30 malam 
Satu perjumpaan ringkas bersama pihak USPTN Negeri Pahang bagi makluman ringkas perjalanan terkini program karnival ini serta beberapa tindakan/ tugas dan pergerakan ke vanue pertandingan serta laporan harian dan keputusan pertandingan  yang perlu dilakukan oleh Pengurus dan urus setia terlibat.

Pada keesokan hari 23 Mei 2012, pergerakan ke venue-venue seawal jam 8.30 pagi bagi memantau persediaan terakhir tempat pertandingan dan pada sebelah malam jam 8.30 mlm bermula dengan mesyuarat pengurus pasukan bagi sukan angkat berat dan memanah di Polisas, tinju di Kolej IKIP Kubang Buaya dan sepak takraw di Kompleks Sukan UIAM.

Sekian laporan ringkas hari pertama.

Norishah Sabidi
PPA (P8)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.



No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.