Friday, May 11, 2012

Laporan pemantauan atlet pelapis di melbourne

Tarikh:11 mei 2012
Tempat: Melbourne,Australia

Sesi latihan pada pagi ini bermula pada jam 8.00 pagi di gym. Kesemua atlet sprint olympic dan junior termasuk pelumba endurance menjalani di gym.Hujan di awal pagi dengan suhu sejuk 10 darjah celcius menyebabkan atlet terpaksa menaiki kereta ke tempat latihan.

Sesi petang hanya dijalankan di rumah iaitu roller untuk atlet elit olympic dan atlet junior membuat kayuhan 1 jam setengah di sekitar melbourne.

Lawatan tidak rasmi ke kedai basikal kepunyaan ketua jurulatih John Beasley yang terletak di footscray. Kedai kepunyaan John ini merupakan perniagaan keluarga yang mana telah ditubuhkan pada tahun 1919 di Richmond yang menyediakan perkhidmatan
 membaiki dan menjual basikal sebelum berpindah ke Footscray pada tahun 1930 sehingga kini.

Apa yang menariknya di kedai ini beliau memaparkan sejarah kelab basikal footscray yang mana pada bulan August nanti merupakan ulang penubuhan ke 100 tahun. Selain daripada itu beliau juga menggantung gambar-gambar perlumbaan yang disertai oleh datuk,bapa,John dan juga isterinya semenjak dari tahun 1946 lagi. Menurut karier John beliau pernah menjadi Jurulatih untuk pasukan sprint junior kebangsaan Australia pada tahun 2002 dimana atlet di bawah bimbingan beliau telah berjaya memenangi 3 pingat emas di kejohanan world junior track championship di melbourne dimana pada tahun tersebut juga Malaysia menghantar 2 pelumba Junior iaitu Rizal Tisin dan Mohd Sayuti. Bapanya pula pernah menyertai Tour De France sebanyak 2 kali. 

Apa yang boleh dihuraikan disini perkembangan basikal di Australia khususnya telah lama bertapak semenjak dari tahun 1900 lagi dan budaya menaiki basikal merupakan amalan harian yang utama di Melbourne tidak kira tua ataupun muda sehingga kini dan tidak hairanlah negara Australia pada hari ini merupakan salah satu kuasa besar didalam sukan berbasikal dunia.

Sekian laporan dari melbourne.



No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.