Tempat: Melbourne, Australia
Tarikh: 10 Mei 2012
Program sesi latihan pagi ini lebih kepada ujian bikewatt kepada kumpulan junior dan elit olimpik yanh mana sesi dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan pertama arfy,fattah,ummi dan ju pha pada jam 7.00 pagi dan kumpulan 2 iaitu azizul,josiah,fatehah dan malek. Kumpulan pertama menjalani latihan bikewatt untuk mendapat peak power pada masa 10 saat untuk kayuhan duduk dan standing sebanyak 6 kali set dibuat dengan rehat selama 10 minit. Prestasi ummi hamimah amat baik di mana beliau berjaya mengekalkan power watt di tahap 1000 watt.
Kumpulan dua yang mana pelumba junior malek marcuss bersama kumpulan elit membuat ujian bikewatt untuk mendapat peak power pada masa 1 minit. Pencapaian malek juga mat baik dimana beliau boleh mencapai watt 799 dan 789 pada sesi ujian. Ini jauh berbeza apabila beliau mula tiba disini. Hasil perbincangan dengan john beasley dan luke program latihan yang dirangka khas untuk malek bagi acara 1km yang mana sama program dengan rizal tisin semasa memenangi pingat gangsa di kejohanan world championships pada tahun 2009. Dilihat program yang dirancang prestasi malek akan peak di kejohanan world junior nanti. Melihat prestasi beliau di sini dan ujian yang dijalankan john beasley dan luke berharap beliau akan membuat catatan dibawah masa 1:05.00.
Pelumba endurance mohd firdaus menjalani latihan sejauh 100km pada pagi ini.
Sesi petang kesemua pelumba menjalani latihan roller selama satu jam di rumah.
Sekian laporan dari melbourne.
No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.