Tuesday, September 25, 2012

World Championships 2012 Valkenberg, Holland (Day 12)

World Championships 2012 Valkenberg, Holland (Day 12)

23 September 2012

Melaporkan hari terakhir kejohanan Berbasikal Dunia 2012, Valkenberg Holland cabaran pasukan kebangsaan diteruskan lagi dengan
kategori junior dan elit.Bagi kategori Junior perlumbaan sejauh 128.8 km dengan 8 pusingan yang perlu dihabiskan oleh pelumba.
Cabaran pasukan remaja tamat seawal pusingan ke 2 lagi apabila Mohd Azrul  Taufiq Anuar terlibat dalam kemalangan ketika menuruni 
bukit bersama beberapa pelumba lain akibat laluan licin.Manakala bagi Ahmad Firdaus Abd Karim pula tidak dapat mengikut rentak kelajuan 
peloton ketika memasuki 3 dan diarahkan menamatkan cabaran bersama beberapa pelumba lain pada pusingan ke 5.Selain faktor kelajuan yang tinggi 
pada kejohanan ini cuaca sejuk serta hujan dan menyebabkan suhu turun sehingga 4 darjah selsius juga merupakan cabaran besar bagi pelumba.
Seramai 175 pelumba menyertai perlumbaan ini dan 54 dari padanya gagal menamatkan perlumbaan.

Dilihat dari perspektif positif satu langkah segera perlu dilakukan dan proses mendidik (educate) atlet serta pengkonsian maklumat diantara jurulatih 
serta mencari satu penyelesaian perlu dilakuan segera  bagi meneningkatkan mutu pelumba endurance kebagsaan.Antara negara asia yang berada 
dikejohanan ini adalah Hong Kong ,Japan,Kazakstan dan Malaysia.

Keputusan Junior dimenangi oleh:

1)MOHORIC Matej SLOVENIA 19941019  MASA 3:00:45
2)EWAN Caleb AUSTRALIA 19941107 
3)RUMAC Josip CROTIA 19941026 
4) ZURLO Federico ITALY 19940225 
5)DIBBEN Jonathan GREAT BRITAIN 19940212

Manakala cabaran kategori Elit sejauh 261 dengan kayuhan dari Bandar Maastricht-Geleen-Sittard sebelum melakukan 10 pusingan di Valkenberg.
Memperlihatakan cabaran 2 pelumba Elit negara Amir Mstafa Rusli dan Loh Sea Keong tamat pada jarak 160km ketika 3 pusingan di Valkenberg.
Perlumbaan yang menyaksikan nama- nama besar sukan lumba basikal dunia turut berada didalam perlumbaan ini diantaranya Mark Cavendish,
Breadly Wiggins,Alberto Contador, Tom Boonen dan ramai lagi.
Seramai 207 pelumba memulakan cabaran dan 85 daripada mereka gagal menamatkan perlumbaan termasuk dua pelumba
negara dan beberapa nama besar.Perlumbaan berjalan dalam kelajuan 43.451 kmj.

Keputusan bagi acara Elit :

1) GILBERT Philippe BELGIUM 19820705  MASA 6:10:41 
2) BOASSON HAGEN Edvald NORWAY 19870517  MASA 6:10:45 
3) VALVERDE BELMONTE Alejandro SPAIN 19800425  MASA 6:10:46 
4) DEGENKOLB John GERMANY 19890107 
5) BOOM Lars NEDDERLAND 19851230

Sekian laporan hari untuk kejohanan berbasikal Dunia 2012 Valkenberg Nederland.
Laporan terperinci akan dikemukakan nanti.

Sekian Terima Kasih.

Eddie Norshamshidi

Saturday, September 22, 2012

World Championships 2012,Valkenberg 2012(Day 9)


World Championships 2012,Valkenberg 2012(Day9)

20 September 2012

Salam Sejahtera,

Memasuki hari ke 9 pesiapan World Championships 2012 Valkenberg, Holland pasukan meneruskan aktiviti latihan 
seperti biasa dengan sesi pagi merupakan sesi Latihan Rasmi kesemua kategori perlumbaan dan kemeriahan semakin
terasa dan debaran semakin hangat.

Pada sessi pagi hari ini pasukan kebangsaan melakukan latihan rasmi sejauh 150km yang terakhir sebelum meneruskan latihan
ringan dan persediaan perlumbaan seperti pemeriksaan basikal.Semua pelumba berada dalam keadaan baik dan diharapkan 
dapat menghadirkan cabaran pada kejohanan kali ini.

Manakala pada sessi petang pula pelumba meneruskan rutin massage bersama Chris Popels.Selain itu pelumba remaja pula diwajibkan 
menyertai satu persidangan yang dianjurkan oleh UCI.Satu aktiviti yang menghimpunkan semua pelumba Junior yang bakal menyertai 
kejohanan kali ini dengan menjemput idola berbasikal masa kini iaitu Mark Cavendish dan Marieanne Vos.

Selain itu cabaran untuk acara lebuhraya seakan dimulakan oleh pelumba Under 23 negara yang dibarisi oleh Sofian Nabil Omar,
Hamdan Hamidun.Mohd Faiz Izzudn Omar, Zulhilmi Afif Ahmad Zamri dan Nik Mohd Azwan.

Semoga cabaran kali ini akan membanggakan negara.

Sekian Terima Kasih.

Eddie Norshamshidi.



Tuesday, September 18, 2012

Kem Atlet Pelapis Kebangsaan 2012

Buat kali pertamanya, seramai 72 orang atlet daripada 11 jenis sukan di bawah Program Pelapis Kebangsaan menyertai Kem Pelapis Kebangsaan di Kuala Rompin pada 18 -22 Sept 2012.

Tujuan utama kem ini adalah untuk memupuk semangat kerjasama,sepasukan serta menerapkan nilai-nilai kenegaraan kepada semua atlet. Kem yang berlangsung selama 5 hari ini turut diselitkan dengan beberapa sesi ilmu dan pengetahuan berkaitan sukan seperti  motivasi dan pemakanan sukan.

Diharapkan agar kem yang dianjurkan ini dapat memberi manfaat kepada semua atlet dan juga mutu sukan negara.

Malaysia BOLEH! !!

azrulhisyam

Saturday, September 15, 2012

World Championships 2012,Valkenberg 2012.(Day3)

World Championships 2012,Valkenberg 2012.(Day3)


14 September 2012, Valkenberg Holland.

Pada hari ketiga Pasukan Malaysia berada di Valkenberg,Holland.Semua atlit dan Pegawai pasukan berada dalam 
keadaan baik.Cuaca pada hari ketiga ini agak sejuk sekitar 12 darjah dan hujan.Selain semakin menyesuaikan diri 
dengan cuaca serta makanan yang disediakan disini.

Bagi persiapan perlumbaan pula seperti biasa Pasukan Malaysia melakukan latihan penyesuaian disekitar laluan perlumbaabermula jam 10.00 pagi (waktu Holland) sehingga jam 1.30 petang (3:30 jam) berjalan lancar selain persiapan pasukan semakin hangat dengan kelihatan kelibat pasukan-pasukan gergasi dunia juga juga sudah memulakan latihan rasmi.Bagi sessi latihan Pasukan Malaysia diketuai oleh pelumba Olimpik negara Amir Mustafa Rusli dan di pantau oleh Jurulatih Firdaus Daud.

Manakala bagi persediaan bahagian pengurusan pasukan pihak pengurusan dan kejurulatihan telah menyelesaikan beberapaurusan berkaitan dengan sekreteriat seperti mengambil Kad Akreditasi dan juga kenderaan rasmi pasukan yang disediakan oleh Union cycling International (UCI).

Pada sessi petang seperti biasa sessi massage diteruskan seperti biasa dimana Chris Popel menjalankan khitmatnya di Sport HotelSittard,Holland.Manakala sessi pemeriksaan kelengkapan dan juga kerja-kerja mekanikal juga berjalan baik oleh mekanik Mohd Zaki.

Selain itu Pasukan Malaysia juga dijangka menyertai satu pertandingan pra kejohanan di Meerhout, Belgium pada 15 September 2012iaitu 70km bari hotel penginapan dan dua ketegori elit dan bawah 23 dipertandingkan.

Berikut sahaja laporan pada hari ini.

Sekian Terima Kasih.

Eddie Norshamshidi

World Championships 2012,Valkenberg 2012.(Day2)

13 September 2012

Salam Tuan,

Berikut adalah sedikit laporan semasa Pasukan Malaysia pada  World Championships 2012, Valkenberg.
Memasuki hari kedua berada di Holland semua atlet berada dalam keadaan baik dan cuba menyesuaikan diri
dengan keadaan semasa seperti waktu dan cuaca.

Selain itu atlet juga telah melakukan sessi latihan ke dua pada jam 10.30 hingga jam 2 petang (waktu tempatan)
semalam.Iaitu latihan mengarah kepada proses penyesuaian (familiarzation).Kayuhan dilakukan di sekitar laluan
perlumbaan di Valkenberg.Bagi memberi sedikit gambaran mengenai keadaan laluan masa kejohanan nanti yang 
agak berbukit.

Pada sessi sebelah petang pula tiada sessi latihan di kendalikan tetapi atlet yang telah diaturkan temujanji bagi mendapatkan khidmat massage bersama Chris Popel.

Setakat ini dahulu laporan pada hari kedua persediaan World Championships 2012, Valkenberg.

Sekian Terima Kasih.

Eddie Norshamshidi.

Friday, September 14, 2012

World Cahmpionships 2012,Valkenberg 2012.(Day1)

12 September 2012, Rabu

Salam Tuan,

Berikut adalah sedikit laporan harian World Championship 2012.Holland.
Pasukan Malaysia selamat tiba di Lapangan Terbang Amsterdam pada jam 6 pagi(waktu temapatan-6jam lewat dari Malaysia) dan dijemput oleh Pembantu Jurulatih bawah 23 Firdaus Daud.Selesai urusan mendapatkan kenderaan semua atlit dibawa oleh  Coach Firdaus ke tempat penginapan yang terletak 2jam perjalanan ke Sittard bersama 2 buah kereta dan 1 lori
yang diuruskan oleh Coach Firdaus.

Pasukan Malaysia selamat tiba di Hotel penginapan kira jam10.30 pagi dan mengambil inisiatif segera memasang peralatan basikal bagi
memulakan sesi latihan ringan pertama jam 3.30 petang dengan kayuhan 1:30 minit sekitar Sittard ini.

Semua atlit pasukan kebangsaan telah melaporkan diri termasuk Loh sea Keong.
Bagi keadaan cuaca pula agak tidak menentu sekitar 14-20 darjah.(kadangkala hujan)
Semua atlit berada dalam keadaan baik dan akan memulakan cabaran pertama pada 17 September 2012 melalui pelumba Pelapis
Mohd Azrul Taufiq.

Sekian Terima Kasih,

Eddie Norshamshidi Abd Rashid.

Thursday, September 13, 2012

Mesyuarat Ketua Unit Negeri Bil 3/12

Mesyuarat Ketua Unit Negeri bagi kali ke 3 tahun 2012 diadakan di Hotel Vistana Pulau Pinang. Disamping membincangkan isu serta perancangan program di peringkat negeri, sesi lawatan semua KUN dan pengurusan Majlis termasuk Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan MSN, En Abd Rashid Yaakob ke Akademi Serantau Zon Selatan di Bukit Mertajam pada petang ini.

Pada sesi malam pula, sambutan Hari Raya di JBS Pulau Pinang akan diadakan bersama-sama atlet dan jurulatih Akademi Serantau.

Bagi semua pegawai, jurulatih dan atlet.....Selamat bermesyuarat dan Selamat Hari Raya....

azrulhisyam