World Championships 2012 Valkenberg, Holland (Day 12)
23 September 2012
Melaporkan hari terakhir kejohanan Berbasikal Dunia 2012, Valkenberg Holland cabaran pasukan kebangsaan diteruskan lagi dengan
kategori junior dan elit.Bagi kategori Junior perlumbaan sejauh 128.8 km dengan 8 pusingan yang perlu dihabiskan oleh pelumba.
Cabaran pasukan remaja tamat seawal pusingan ke 2 lagi apabila Mohd Azrul Taufiq Anuar terlibat dalam kemalangan ketika menuruni
bukit bersama beberapa pelumba lain akibat laluan licin.Manakala bagi Ahmad Firdaus Abd Karim pula tidak dapat mengikut rentak kelajuan
peloton ketika memasuki 3 dan diarahkan menamatkan cabaran bersama beberapa pelumba lain pada pusingan ke 5.Selain faktor kelajuan yang tinggi
pada kejohanan ini cuaca sejuk serta hujan dan menyebabkan suhu turun sehingga 4 darjah selsius juga merupakan cabaran besar bagi pelumba.
Seramai 175 pelumba menyertai perlumbaan ini dan 54 dari padanya gagal menamatkan perlumbaan.
Dilihat dari perspektif positif satu langkah segera perlu dilakukan dan proses mendidik (educate) atlet serta pengkonsian maklumat diantara jurulatih
serta mencari satu penyelesaian perlu dilakuan segera bagi meneningkatkan mutu pelumba endurance kebagsaan.Antara negara asia yang berada
dikejohanan ini adalah Hong Kong ,Japan,Kazakstan dan Malaysia.
Keputusan Junior dimenangi oleh:
1)MOHORIC Matej SLOVENIA 19941019 MASA 3:00:45
2)EWAN Caleb AUSTRALIA 19941107
3)RUMAC Josip CROTIA 19941026
4) ZURLO Federico ITALY 19940225
5)DIBBEN Jonathan GREAT BRITAIN 19940212
Manakala cabaran kategori Elit sejauh 261 dengan kayuhan dari Bandar Maastricht-Geleen-Sittard sebelum melakukan 10 pusingan di Valkenberg.
Memperlihatakan cabaran 2 pelumba Elit negara Amir Mstafa Rusli dan Loh Sea Keong tamat pada jarak 160km ketika 3 pusingan di Valkenberg.
Perlumbaan yang menyaksikan nama- nama besar sukan lumba basikal dunia turut berada didalam perlumbaan ini diantaranya Mark Cavendish,
Breadly Wiggins,Alberto Contador, Tom Boonen dan ramai lagi.
Seramai 207 pelumba memulakan cabaran dan 85 daripada mereka gagal menamatkan perlumbaan termasuk dua pelumba
negara dan beberapa nama besar.Perlumbaan berjalan dalam kelajuan 43.451 kmj.
Keputusan bagi acara Elit :
1) GILBERT Philippe BELGIUM 19820705 MASA 6:10:41
2) BOASSON HAGEN Edvald NORWAY 19870517 MASA 6:10:45
3) VALVERDE BELMONTE Alejandro SPAIN 19800425 MASA 6:10:46
4) DEGENKOLB John GERMANY 19890107
5) BOOM Lars NEDDERLAND 19851230
Sekian laporan hari untuk kejohanan berbasikal Dunia 2012 Valkenberg Nederland.
Laporan terperinci akan dikemukakan nanti.
Sekian Terima Kasih.
Eddie Norshamshidi
No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.