8 September 2012, 10.30 mlm - Hsinchu, Chinese Taipei
Pada hari ini pasukan memanah bergerak ke "Hsinchu Country Stadium" seawal jam 9 pagi. Semua pasukan yang bertanding menjalani latian rasmi pada hari ini. Latihan bermula pada jam 10 pagi dan berakhir pada jam 3 petang. Pasukan yang bertanding boleh menggunakan masa yang diperuntukan untuk berlatih.
Pada jam 10.30 pagi, saya dan jurulatih menghadiri mesyuarat pengurus pasukan. Tiada isu besar yang dibangkitkan dan semua perkara berjalan lancar. Pihak kami juga telah mengedarkan surat jemputan bagi menyertai 1st National Sports Council Academy Archery Invitation Tournoment 2012 kepada negara lain.
Pertandingan kali ini terbahagi kepada kategori:
1. Jemputan Antarabangsa (Recurve dan Compound)
2. Presiden Cup (khas untuk atlet Taiwan yang berumur 13 tahun dan ke atas)
Bagi Jemputan Antarabangsa acara Recurve seramai 16 wanita dan 25 lelaki menyertai kejohanan ini. Manakala bagi Presiden Cup seramai 360 orang pemanah tempatan yang menyertai acara ini bagi acara recurve dan compound.
Pada jam 4 petang telah diadakan perasmian pembukaan oleh Dato Bandar Hsincu. Semua pegawai dan atlet terlibat dalam acara pembukaan ini. Setelah selesai acara pembukaan, pasukan jemputan antarabangsa dijamu dalam majlis jamuan makan malam. Setelah selesai jamuan lebih kurang jam 8 semua pasukan telah dihantar pulang ke hotel penginapan untuk berehat.
Pada keesokkan hari jam 9.30 pagi pemanah wanita akan memulakan cabaran bagi acara recurve 70m dan disebelah petang jam 2 akan berlangsung acara 70m recurve bagi kategori lelaki.
Sekian laporan dari saya.
ZAHRAH MEON
Pengurus Pasukan
Pengurus Pasukan
No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.