Monday, September 10, 2012

LAPORAN HARIAN : INTER-CITY ARCHERY CHAMPIONSHIP 2012



7 September 2012, 9.50 mlm - Hsinchu, Chinese Taipei

Hari ini pada pasukan memanah Pelapis Malaysia telah bertolak ke Hsinchu, Chinese Taipei seawal jam 6 pagi dari Casa 1 MSN. Pasukan yang terdiri dari 3 pemanah lelaki, 3 pemanah wanita, dua orang jurulatih dan pengurus telah menaiki pesawat MAS pada jam 9.25 pagi. Sebelum bertolak ke KLIA, Pengurus Memanah Pelapis Kebangsaan En. Rahimi telah memberikan taklimat ringkas dan kata-kata semangat kepada pasukan. Semasa ke KLIA pasukan telah di iringi oleh En. Vimalan.

Pasukan memanah Pelapis Malaysia telah selamat sampai di Lapangan Terbang Taoyuan pada jam 2.25 petang. Setelah selesai segala urusan bagasi kami menaiki bas yang disediakan oleh pihak penganjur menuju ke hotel penginapan rasmi kejohanan iaitu Carlton Hotel di Hsinchu. Perjalanan dari lapangan terbang ke hotel penginapan mengambil masa satu jam. 

Kejohanan kali ini disertai oleh tujuh buah negara iaitu Hong Kong, Jepun, Filiphina, Singapura, Thailand, Vietnam dan Malaysia. Selain itu terdapat 8 buah kelab dari Chainese Taipei menyertai kejohanan ini. Kejohanan ini diadakan di "Hsinchu Country Stadium" yang terletak kira-kira 5km dari hotel penginapan. 

Keadaan atlet dan semua pegawai yang terlibat di kejohanan ini baik. Layanan dari pihak penganjur juga amat baik dan segalanya mengikut perancangan. 

Bermula seawal pagi esok, semua atlet akan menjalani latihan rasmi dan selesai latihan akan diadakan majlis pembukaan dan dikuti dengan jamuan makan malam.

Sekian laporan dari saya di Hsinchu.

Zahrah Meon
Pengurus

 

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.