KEM BAKAT SUKAN TERJUN 2012 (HARI KE-2 08/09/12)
Hari kedua kem bermula dengan sesi pertama iaitu Ujian Kecergasan yang dilakukan oleh Unit Fisiologi Senam,ISN. Sesi bermula pada jam 9pagi dan berakhir pada 1245 petang. Sewaktu sesi ujian diadakan, Pengarah Majlis Sukan Negeri Perak iaitu En Johari Sham B Ahmad Shohor Affendi telah hadir bagi bagi membuat lawatan ringkas sambil diiringi oleh Timbalan Pengarah MSN Perak dan Ketua Unit USPTN Perak. Pengarah meluangkan masa hampir sejam bagi sama sama melihat atlet menjalani ujian kecergasan dan turut berbual dengan Ketua Pusat Fisiologi Senam En Albert.
Sesi kedua kem diteruskan dengan latihan di dry gym selama 2jam 30minit dan bersambung dengan latihan di kolam selama 1jam.
Aktiviti atlet malam ini diisi dengan program permainan yang dirangka oleh Cik Roshidayu sambil dibantu oleh En Zahin. Sehingga kini kesemua atlet masih dalam keadaan baik dan terkawal.
Sekian, laporan ringkas saya.
Ehsan
No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.