10 September 2012, 9.30 mlm - Hsinchu, Chinese Taipei
Pada hari ini berlansung acara recurve berpasukan lelaki dan wanita. Pasukan negara juga turut bertanding dalam acara ini.
Pasukan lelaki bertemu pasukan tuan rumah di pusingan elimation 1/8. Walaubagaimanapun pasukan negara tewas 1 mata dengan pasukan tuan rumah. Berikut adalah keputusan bagi pasukan lelaki:
MAS - 46, 50, 50, 49 - 195
TPE - 51, 50, 49, 46 - 196
Keputusan penuh bagi recurve berpasukan adalah:
1. Jepun
2. Thailand
3. TPE
Pasukan wanita pula bertemu dengan pasukan tuan rumah juga. Mereka bermain dalam pusingan elimination 1/4. Berikut adalah keputusan bagi pasukan wanita:
MAS - 46, 46, 50, 42 - 184
TPE - 49, 51, 53, 48 - 201
Keputusan penuh bagi recurve wanita adalah :
1. TPE
2. Jepun
3. Malaysia
Untuk esok, semua atlet akan bertanding dalam acara individu dan mixed team. Keadaan cuaca hari ini bertambah panas berbanding semalam. Jurulatih memberikan nasihat kepada atlet untuk mengambil banyak air. Suhu pada hari ini mencecah 35 darjah celcius.
Semua atlet yang bertanding berada dalam keadaan sihat. Masalah makanan halal untuk atlet yang beragama islam juga telah dapat di atasi.
Sekian laporan dari saya.
Zahrah Meon
Hsinchu, CT, Taiwan
No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.