Monday, September 10, 2012

Laporan Harian : Intercity Archery Championship


9 September 2012, 11.00 mlm - Hsinchu, Taiwan

Pada hari ini bermula kejohanan memanah bagi acara 70m recurve wanita dan lelaki. Kesemua atlet terlibat di dalam acara ini. Bagi kategori wanita hanya 13 pemanah mengambil bahagian kerana Filiphina menarik diri di saat akhir. Acara recurve wanita bermula pada jam 9.30 pagi. Berikut adalah keputusan bagi acara individu 70m recurve wanita: 

1. Sunantra Suchat ( 288/8)(287/7) - total 575/9
2. Nur Aliya Ghapar (288/8) (280/10) - total 568/10
3. Loke shin Hui (272/11) (259/12) - total 531/11

Kedudukan bagi 70m recurve wanita berpasukan Malaysia menduduki tempat ke -3.

Acara 70m recurve lelaki pula menyaksikan 3 pemanah beraksi pada hari ini. Jumlah atlet yang mengambil bahagian dalam kategori ini adalah 24 orang, seorang atlet menarik diri. Acara ini bermula pada jam 1 petang. Berikut adalah keputusan bagi kategori lelaki:

1. Adam Wong (313/15) (316/16) - total 629 /15
2. Mohd Idris Shah (311/16) (296/22) - total 607/21
3. Mohd Ikram (298/22) (292/23) - total 590/23

Kedudukan pasukan Malaysia bagi acara ini adalah di tempat ke enam.

Secara keseluruhanya, pemanah negara menunjukkan prestasi yang baik. Bagi 4 atlet yang pertama kali menyertai kejohanan luar negara, mereka berasa sedikit gementar semasa bertanding. Dengan adanya bimbingan dan nasihat dari jurulatih masalah ini dapat di atasi. 

Keadaan cuaca juga menyebabkan atlet cepat berasa letih. Suhu di tempat pertandingan mencecah sehingga 33 darjah celcius. Atlet diberikan bekalan air minuman, buah-buahan dan makanan tambahan yang secukupnya bagi memastikan merka sentiasa cergas dan bersedia untuk bertanding. 

Pada keesokkan hari, atlet akan bertanding bagi "team ellimination" bermula jam 9.30 pagi. 

Sekian laporan dari saya di Hsinchu, Chinese Taipei.

Zahrah Meon
Pengurus

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.