Upacara perasmian akan berlangsung petang ini di Darling Harbour dan tiada pertandingan atau latihan selepas tengahari.
Wednesday, January 16, 2013
AYOF 2013 - Hari Ketiga
Upacara perasmian akan berlangsung petang ini di Darling Harbour dan tiada pertandingan atau latihan selepas tengahari.
Tuesday, January 15, 2013
AYOF 2013 - Hari Kedua
Monday, January 14, 2013
AYOF 2013 - Hari Pertama
Penerbangan dari KLIA ke Sydney mengambil masa kira-kira 8 jam dan sepanjang tempoh perjalanan tersebut kesemua atlet dan jurulatih mengambil peluang secukupnya untuk berehat. Setiba di Sydney kira-kira jam 10.00 pagi waktu tempatan, proses kastam serta permit senjata telah mengambil masa yang agak lama dan pergerakan ke vanue pengipanan sedikit tersasar. Pasukan hoki bergerak terus ke Macquarie University, pasukan menembak ke UWS Penrith dan pasukan akuatik, gimrama dan badminton ke Sydney University.
Setiba di vanue penginapan ( village ) masing-masing, jamuan tengahari dihidangkan dan proses pendaftaran penginapan dilakukan. Turut menginap di Sidney University adalah negara Brazil , Perancis dan Hungary. Kelihatan juga kontinjen-kontinjen yang telah tiba lebih awal seperti Perancis, Chinese Taipei, New Zealand dan Great Britain. Atlet-atlet hoki dan gimrama turut mengadakan latihan bercorak fizikal pada petang tadi.
Esok, semua atlet akan memulakan sesi latihan rasmi di vanue pertandingan seperti berikut :
1. Akuatik– Aquatic Centre, Sydney Olympic Park
2. Badminton – Sports Hall, Sydney Olympic Park
3. Gimrama – State Sport Center, Sydney Olympic Park
4. Hoki – Hockey Centre, Sydney Olympic Park
5. Menembak – Sydney International Shooting Centre Cecil Park
Pasukan berbasikal yang terdiri daripada 12 orang atlet dan 3 orang jurulatih akan tiba dari Melbourne pada jam 11 pagi dan akan terus ke vanue penginapan. Pada masa yang sama juga, beberapa program sampingan turut disediakan oleh penganjur kepada semua atlet seperti kelas " Drug Ed Session" yang diadakan di sekitar vanue penginapan.
Sekian laporan dari Sydney.
Sunday, January 13, 2013
AYOF 2013
Hari ini, seramai 60 orang atlet,jurulatih dan pegawai akan bertolak ke Sydney Australia bagi menyertai Australia Youth Olympic Festival pada 13 - 21 Januari 2013. Daripada 17 jenis sukan yang dipertandingkan, Malaysia hanya akan menyertai 6 jenis sukan sahaja. Pecahan atlet adalah seperti berikut :
Akuatik terjun - 6
Badminton - 6
Berbasikal 12
Gimrama 4
Hoki 16
Menembak 10
Jumlah : 54 orang
Festival ini adalah merupakan platform bagi atlet-atlet remaja sebelum menghadapi temasya utama seperti Sukan Remaja Asia Nanjing 2013, Sukan Olimpik Remaja 2014 dan Sukan SEA 2013 Myanmar. Selamat berjuang kepada semua atlet!
azrulhisyam
Friday, January 4, 2013
AAF JOINT TRAINING PROGRAM 2012
Laporan Ringkas
Walaupun program ini lebih kepada corak latihan bersama namun pada hari-hari terakhir diadakan juga satu ujian atau pertandingan yang melibatkan semua peserta kategori recurve dan compound.Pemanah akan bertanding pada pusingan kelayakan Double 70meter dan jumlah mata akan menentukan kedudukan untuk acara ranking perseorangan di Pusingan Olimpik.(Kalah Mati).
Bagi kategori wanita recurve, Nurul Ain Husin berjaya berada dikedudukan pertama dengan sejumlah 548 mata, Loke Shi Hui ditempat ketiga dengan 526 manakala Teoh Wen Zhing dikedudukan ketujuh dengan jumlah 458 mata.
Bagi kategori Lelaki pula Muhd Norhairulnizam berada dikedudukan ketujuh dengan 577 mata, Ahmad Afiq dikedudukan kesebelas dengan 560 mata manakala Arriffuddunur dikedudukan kedua belas dengan jumlah 550 mata.
Bagi kedudukan keseluruhan berpasukan pula pasukan wanita berjaya berada dikedudukan pertama dengan sejumlah 1532 mata dan diikuti oleh pasukan Bangladesh dengan 1335 mata. Pasukan lelaki pula ditempat kedua dengan skor 1687 belakang juara Thailand (1774) manakala Bangladesh ditempat ketiga dengan 1227 mata.
Untuk acara Pusingan Olimpik Round, Nurul Ain Husin telah berjaya kepusingan Akhir setelah menewaskan lawan masing-masing iaitu kedua-dua dari Hong Kong dengan 6-2,6-4 untuk bertemu seorang lagi pemanah negara iaitu Loke Shin Hui yang juga turut cemerlang menewaskan pemanah dari Laos 6-0 dan Bangladesh 6-2. Mereka bertanding diperingkat akhir hingga kepenentuan Shoot Off dan telah dimenangi oleh Loke Shin Hui dengan 10-9 manakala Teoh Weng Zhing berjaya mengalahkan pemanah Bangladesh tetapi tewas kepada pemanah Laos diperingkat suku akhir.
Bagi kategori Lelaki pemanah Muhd Norhairulnizam berjaya menewaskan pemanah Laos dengan aggeregat 6-0 sebelum dikalahkan oleh pemanah Thailand dengan 7-1 manakala Ariffudinnur juga berjaya menewaskan pemanah Bangladesh 6-2 sebelum ditewaskan oleh pemanah Thailand aggeregat 2-6 dan pemanah Ahmad Affiq dikalahkan oleh pemanah Hong Kong dengan aggeregat 2-6.
Laporan oleh:
Giam FP
Wednesday, January 2, 2013
Hari Terakhir: Kejohanan Berbasikal "Tasmania Carnival 2012"
Tarikh : 01 Januari 2013

Sekian, terima kasih
RASHID RAMLI
PENGURUS SUKAN
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
+(Medium).jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)


.jpg)
























