Saturday, April 6, 2013

LAPORAN HARIAN 2013 WORLD YOUTH WEIGHTLIFTING CHAMPIONSHIPS (YOG QUALIFICATION)

Tarikh   : 5 April 2013
Tempat : Taskent, Uzbekistan

Pasukan Angkat Berat Remaja Malaysia yang di wakili seramai 9 atlet, 2 jurulatih dan 1 pengurus telah selamat tiba di Taskent, Uzbekistan pada jam 11:00 pagi (waktu tempatan) dan 2:00 petang (waktu Malaysia). Pergerakan pasukan Malaysia bermula pada 4 April 2013 dari KLIA ke Almaty, Kazakstan dan bermalam di sana sehingga menunggu penerbangan seterusnya iaitu pada 5 April 2013 dari Almaty Kazakstan ke Tashkent, Uzbekistan. Setibanya disini, pasukan Malaysia di sambut oleh pihak penganjur dan ditempatkan di Hotel Le Grand Plaza. Jarak perjalanan antara hotel ke tempat pertandingan dianggarkan 1 kilometer dan suhu di Tashkent adalah antara 10-18 darjah celcius.

Ringkasan kejohanan

Pada kejohanan kali ini, seramai 54 negara telah mengesahkan kehadiran pada hari ini dan dijangka jumlah penyertaan akan meningkat pada esok hari sehingga 70 negara. Secara purata, setiap negara menghantar 15 atlet termasuk lelaki dan wanita. Pada 6 April 2013, akan diadakan mesyuarat pengurus pasukan seterusnya pengesahan kehadiran negara. Sesi latihan bagi setiap negara juga akan bermula esok mengikut jadual yang telah ditetapkan dan seterusnya pertandingan akan bermula pada 8 April 2013. Kejohanan kali ini juga melibatkan kelayakan yang pertama bagi Youth Olympic Games 2014, yang mana kuota dikira melalui pasukan/negara yang mengumpul mata  paling banyak. Jumlah kutipan mata adalah mengikut setiap indivdu dan dijumlahkan keseluruhan atlet bagi setiap negara. 

Kedudukan pasukan/negara yang layak mendapat kuota YOG 2014

Lelaki

Tempat 1-9    (2 kuota)
Tempat 10-16 (1 kuota)

Wanita

Tempat 1-7   (2 kuota)
Tempat 8-15 (1 kuota)

Penglibatan Pasukan Malaysia

Pasukan Malaysia terdiri daripada 6 atlet lelaki dan 3 atlet wanita dan 2 jurulatih

Senarai atlet

Atlet Lelaki

1. Rony Jesos            - Kat 56 kg
2. Darul Najmi Dollah  - Kat 56 kg
3. Callixtus Daunis      - Kat 62 kg
4. Mohd Arief Azwan   - Kat 69 kg
5. Mohd Afifi Haikal     - Kat 77 kg
6. Akmal Bahari          - Kat 85 kg

Atlet Wanita

1. Nur Fariesha Iwana   - Kat 53 kg
2. Rosamira Ab Lah      - Kat 63 kg
3. Jabriella Toe Samuel - Kat +69 kg

Jurulatih

1. Nordin Jusoh
2. Wang Zhi Quan

Untuk hari ini, semua atlet mendapatkan rehat yang secukupnya dan akan memulakan sesi latihan pada 6 April 2013. Keadaan kesihatan atlet juga berada dalam keadaan baik dan semoga pasukan Malaysia berjaya memperoleh kuota ke Youth Olympic Games 2014 (YOG) pada kejohanan ini.

Sekian


Syamsul Afzan , Tashkent.




Thursday, April 4, 2013

Kayuhan Patriotik Bersama YAB Perdana Menteri


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Untuk makluman, kayuhan bermula jam 5.30 petang dan tamat pada jam 6.45 petang dengan anggaran peserta seramai 6000 orang.

YAB Perdana Menteri dan VIP lain berkayuh sejauh 12km manakala peserta-peserta lain yang turut disertai oleh atlet-atlet Pelapis berkayuh sejauh 20km mengelilingi Pusat Pentadbiran Putrajaya.

Sekian, terima kasih.

KEM BAKAT SUKAN TERJUN 2013 (03.04.13)


Hari ketiga kem diteruskan dengan sesi Ujian Kecergasan oleh Institut Sukan Negara.  Ujian bermula pada jam 8.30dan berakhir pada jam 11.00 pagi.  Antara bentuk ujian yang dijalankan adalah pike test, toe point, shoulder flexion dan stand & reach.

Pada sebelah petang pula, atlet meneruskan latihan dengan latihan tertumpu kepada entry dan take off.

Program malam atlet dimeriahkan dengan 2 jenis permainan minda iaitu quiz dan teka pembayang kata.

Laporan dari Paroi

Wednesday, April 3, 2013

KEM BAKAT SUKAN TERJUN 2013 (HARI KEDUA - 2/4/13)


Hari ini telah bermula sesi latihan pagi dan petang oleh kesemua atlet.  Sesi latihan melibatkan latihan dryland dan terjunan di kolam.  Ianya turut dibantu oleh Jurulatih Program Pelapis Kebangsaan iaitu Yeoh Ken Nee yang memberikan tunjuk ajar kepada atlet - atlet muda.

Pada sebelah malam pula, telah diadakan beberapa aktiviti fun games untuk atlet dan sambutan hari jadi bagi atlet yang lahir bulan Februari dan Mac. Kesemua peserta kem berada dalam keadaan baik.

Sekian, terima kasih


KEM BAKAT SUKAN TERJUN 2013 (1 April 2013)


Salam,

Meneruskan kesinambungan kem terdahulu kali ini Kem Bakat Sukan Terjun 2013 diadakan di Pusat Akuatik Paroi, N.Sembilan. Kem bakal berlangsung selama 6 hari bermula 1 hingga 6 April 2013.  Seramai 40 atlet yang terdiri daripada 20 lelaki dan 20 perempuan telah terlibat untuk kem kali ini selain penglibatan 6 jurulatih negeri dan jurulatih Program Pelapis Kebangsaan iaitu Yeoh Ken Nee.  Penyertaan atlet bagi kem ini merupakan nama nama yang telah mengikuti siri kem bakat kumpulan B mulai November 2011 dan kumpulan umur atlet ini adalah antara 7 hingga 12 tahun.

Pada hari pertama kem, tiada sesi latihan dijalankan dimana hanya sesi taklimat jadual program diadakan pada jam 3petang.  Selesai taklimat jadual, atlet telah dipertontonkan dengan 3 video clip penerjun negara dan kesemua atlet begitu teruja apabila melihat pelbagai aksi menarik terjunan oleh atlet kebangsaan.

Pada sebelah malam pula telah diadakan sesi ice breaking oleh En Azlan.  Sesi bermula pada jam 830malam. Sesi ini juga turut dihadiri oleh En M.Rizal Musa selaku Pemangku Ketua Unit N.Sembilan dan pegawai USPTN yang lain bagi memberi tanda sokongan kepada kem.

Sekian dilaporkan daripada Paroi

Monday, April 1, 2013

KEM BAKAT SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK LELAKI (MAG) - HARI TERAKHIR


Sesi pagi latihan lebih bertumpu untuk persediaan 'mini competition' yang akan dijalankan pada sesi petang. Setiap atlet telah diuji di kesemua apparatus melibatkan  pergerakan 'swing' untuk apparatus palang sejajar, gelung dan juga palang tunggal manakala 'take off' untuk apparatus melombol. 'Handstand' dan 'handspring' bagi apparatus lantai manakala 'mushroom circle' bagi apparatus kekuda berpelana.

Berikut merupakan tiga atlet terbaik bagi 'mini competition' :

1. Izzhar Bukhary (Pahang)
2. Alif Aiman (Johor)
3. Low Jun Hong (Selangor)

Ketua Unit Pelapis Kebangsaan En Azrulhisyam Abd Jalil telah menyampaikan hadiah serta sijil kepada setiap atlet.

KEM BAKAT SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK LELAKI (MAG) - HARI TERAKHIR (UPACARA PENYAMPAIAN HADIAH & SIJIL

Upacara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh En Azrulhisyam Abd Jalil, Ketua Unit Pelapis Kebangsaan dan turut dihadiri oleh En Kaur Jit Kaur selaku Timbalan Presiden Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF).