Tuesday, November 23, 2010

Laporan Prestasi Pelapis Serantau di Kejohanan Berbasikal Trek Pelapis Sirkit 03/2010 Peringkat Kebangsaan MSNM/PKBM/PKBL/DBKL/MILO






Laporan Kejohanan Berbasikal Trek Pelapis Sirkit 03/2010 Peringkat Kebangsaan MSNM/PKBM/PKBL/DBKL/MILO

Pasukan:Pelapis Serantau Zon Utara dan Pusat Latihan Serantau Ipoh
Tarikh :22 November 2010
Masa :8.00 pagi-7 petang
Tempat :Trek Valederom Cheras Kuala Lumpur.

Kejohanan Trek Berbasikal berlangsung lewat seperti yang dijadualkan akibat hujan yang turun. Kejohanan ini ditangguhkan selama 1 jam dan bermula pada jam 9 pagi.
Penyertaan pelumba dari Pelapis Serantau Zon Utara dan Pusat Latihan Serantau Ipoh pada hari pertama kejohanan (22 November 2010) melibatkan:-

Acara 200 m sprint- lelaki 19 tahun ke atas (terbuka)

1.Mohd Elmy Jumairi (ASZU)
Keputusan- peringkat kelayakan mencatat masa tertinggi dari 7 pelumba iaitu 11.837s dan layak ke peringkat separuh akhir yang berlangsung pada 23 November 2010.

Acara 200 m sprint- lelaki 16-18 tahun

1. Mohd Fauzan Nor Azman (PLS IPOH)
Keputusan- peringkat kelayakan mendapat tempat ke -4 daripada 27 pelumba dengan catatan masa 12.070s dan layak ke peringkat suku akhir.
- peringkat suku akhir mendapat tempat 4 daripada 8 pelumba dan layak ke peringkat separuh akhir yang akan berlangsung pada 23 November 2010.

2. Mohd Farhanis Ishak (PLS IPOH)
Keputusan- mendapat tempat ke 5 daripada 27 pelumba dengan catatan masa 12.156s dan layak ke peringkat suku akhir.
- peringkat suku akhir tempat ke 5 dari 8 pelumba dan tidak layak ke peringkat separuh akhir.
- penentuan tempat ke 5 hingga 8 dan mendapat tempat ke 5.

3. Israq Zaim Ismail (PLS IPOH)
Keputusan- peringkat kelayakan mendapat tempat ke 13 daripada 27 pelumba dengan catatan masa 13.047s dan tidak layak ke peringkat suku akhir.

Acara 200 m sprint- wanita bawah 15 tahun

1. Nurjeha Iwani Roslan (ASZU)
Keputusan- peringkat kelayakan mencatat masa tertinggi dari 7 pelumba iaitu 14.700s dan layak ke peringkat separuh akhir yang akan berlangsung pada 23 November 2010.

Acara 4 km individual pursuit-lelaki 19 tahun ke atas (terbuka)

1. Muaz Abdul Rahim (ASZU)
Keputusan- peringkat kelayakan mendapat tempat ke 2 daripada 6 pelumba dengan catatan masa 5:39.795s dan layak ke peringkat akhir yang akan berlangsung pada 23 November 2010.

2. Mohd Yazrulhisyam Hissham Zulkefli (ASZU)
Keputusan- peringkat kelayakan mendapat tempat ke 3 daripada 6 pelumba dengan catatan masa 5:39.795s dan layak ke peringkat tempat ke -3 dan ke -4 yang akan berlangsung pada 23 November 2010.

Acara 3 km individual pursuit- lelaki 16-18 tahun

1. Mohd Firdaus Suardi(PLS IPOH)
Keputusan- peringkat kelayakan tempat ke 2 daripada 29 pelumba dengan catatan masa 3:56.164s dan layak ke peringkat akhir yang akan berlangsung pada 23 November 2010.

2. Mohd Imran Mohd Zubir (PLS IPOH)
Keputusan- peringkat kelayakan tempat ke 7 daripada 29 pelumba dengan catatan masa 4:01.911s dan tidak layak ke peringkat akhir.

3. Abdul Rashid Ibrahim (ASZU)
Keputusan- peringkat kelayakan tempat ke 9 daripada 29 pelumba dengan catatan masa 4:05.414s dan tidak layak ke peringkat akhir

4. Ahmad Firdaus Abd. Karim (ASZU)
Keputusan- peringkat kelayakan tempat ke 12 daripada 29 pelumba dengan catatan masa 4:13.544s dan tidak layak ke peringkat akhir.

5. Mohd Nor Syafiq Suhaimi (ASZU)
Keputusan- peringkat kelayakan tempat ke 14 daripada 29 pelumba dengan catatan masa 4:20.605s dan tidak layak ke peringkat akhir.


Acara 2 km individual pursuit- lelaki bawah 15 tahun

1. Mohd Faiz Ibrahim (PLS IPOH)
Keputusan- layak ke peringkat akhir yang akan berlangsung pada 23 November 2010.


Acara 2 km individual pursuit- wanita bawah 15 tahun

1. Nurjeha Iwani Roslan (ASZU)
Keputusan- layak ke peringkat akhir yang akan berlangsung pada 23 November 2010.


Acara team sprint- lelaki 19 ke atas (terbuka)

1. Muaz bin Abdul Rahim, Mohd Yazrul Hisyam, Elmy Jumairi (ASZU)
Keputusan- peringkat akhir mendapat tempat pertama menewaskan pasukan terengganu.

Acara team sprint - lelaki 16-18 tahun

1. Mohd Nor Syafiq, Mohd Fairet Rosli. Mohd Azhar Arshad (ASZU)
Keputusan- peringkat kelayakan tewas kepada pasukan dari terengganu dan tidak layak ke peringkat akhir.

2. Israq Zaim, Mohd Farhanis, Abdul Rashid (PLS IPOH)
Keputusan- peringkat kelayakan dibatalkan penyertaan kerana berlaku kesalahan pada permulaan kayuhan.


Sekian untuk makluman pihak tuan bagi penglibatan pelumba dari Program Pelapis Serantau dan terdapat beberapa acara yang belum mendapat catatan masa secara rasmi. Dilampirkan bersama gambar kejohanan.

Terima Kasih.

--
Syamsul Afzan Mohd Nor
Unit Pelapis Serantau

Monday, November 22, 2010

Athlete's Division Bowling Tournament



The tournament organized by athlete's division to select the best bowler to represent the division to MSN inter division tournament set to held in early december.

All 3 branches in Athlete's Division sending their best bowler to compete and try to outdo their counterpart here in Megalanes Endah Parade.

Good luck to all.

Sirkit Berbasikal Pelapis 03/2010



Good turn out from the state center. The event start quite late due to downpour in the morning.

Hope the weather will be kind to the cyclist. All the best guys.

KEJOHANAN BERBASIKAL TREK PELAPIS SIRKIT 03/2010






Untuk makluman semua, Kejohanan Berbasikal Trek pelapis Sirkit 03/2010 akan bermula pada 21-24 November 2010 di Velodrom Cheras, W.P Kuala Lumpur. Mesyuarat pengurus Pasukan telahpun diadakan pada jam 5.00 petang di Bilik Mesyuarat, Veledrom Cheras.

Berikut adalah statistik penyertaan pasukan mengikut negeri:-



Acara yang akan dipertandingkan hari ini (22.11.2010) adalah seperti berikut:-

200M SPRINT - LELAKI BAWAH 15 TAHUN
- LELAKI 16-18 TAHUN
- LELAKI 19 TAHUN DAN KE ATAS
- WANITA BAWAH 15 TAHUN
- WANITA 16-23 TAHUN
--

Sekian, terima kasih

RASHID RAMLI

Saturday, November 20, 2010

Asian Games Update: Lapuran Final Asia Games 2010 - China Sukan Pelayaran

Assalamualaikum, Salam Satu Malaysia,

Hari ini dengan rasminya tamat Acara Pelayaran Sukan  Asia. Malangnya kali ini sukan pelayaran di melabuhkan tirainya dengan penuh contravesi , Dimana pelayar china menipu dalam pertandingan . Walaupun di bantah oleh 7 negara Pihak jury tidak membuat keputusan. Kerana kesilapan jury sendiri tidak mengadili perlumbaan tersebut dengan sempurna . Emas negara Dalam Acara Optimist terpaksa di lupakan , sekadar Pingat perak Sahaja melalui Ahmad Latif Khan bin Ali Sabri Khan. 

Pingat Perak Kedua di Sumbangkan oleh Kharinnisa Mohd Afendy dan Nor Ashikin bt Mohamad Sayed Dalam acara International  420 Wanita dimana emas di menangi oleh Singapore . Dalam acara international 420 Lelaki Pasangan Ku Anas bin Ku Zamil berpasangan dengan Hafizuddin bin Mazlan  berjaya memenangi Pingat Gangsa.

Manakala beberapa pelayar negara tamat di tempat ke 4 iaitu  Khairul Nizam mohd Afendy dalam Kelas laser Standard  , Nurul Izzatul Akmar dalam kelas Optimist Wanita. Manakala Romzi Mohamad hanya menduduki tempat ke 5 Dalam laser Radial.

Pelayar negara dan juga semua Jurulatih dan Pengurus , Mohon Maaf atas kegagalan membawa pulang pingat Emas, Kita telah mencuba yang terbaik dan kita kalah kepada yang terbaik. Pelayar Asia sekarang sudah mencapai tahap dunia . Persaingan juga bagitu kuat. Perancangan dan Latihan yang lebih sempurna perlu di laksanakan jika mahu lihat kejayaan lebih baik di masa akan datang.

Sekian Terima kasih.

Lapuran dari Shanwei City , Pasukan negara akan balik ke tanah air pada 23 Nov tiba di KLIA Jam 1830 PM menaiki pesawat MH 377  .

Mohd Afendy Abdullah
General Manager
Malaysian Yachting Association

Korban Vista 2010

Berehat sebentar dari kehangatan persaingan Sukan Asia Goungzhou, warga Vista MSN menganjurkan upacara korban bersempena sambutan Hari Raya Aidil Adha. Sebanyak 3 ekor lembu menjadi korban pada kali ini.

Kumpulan atlet Pelapis Kebangsaan dari sukan Memanah juga bergotong royong membantu melapah daging lembu yang dikorbankan.

Friday, November 19, 2010

Asian Games Update: Sambutan Pasukan Wushu





Pasukan Wushu tiba di KLIA pada jam 9.00 malam tadi dan Majlis Sambutan pasukan Wushu di KLIA semalam diserikan lagi dengan kesudian YBhg Dato' Muhid, KSU KBS dan dua timbalan beliau. Pasukan Wushu yang pulang dengan 1 emas dan 1 perak amat gembira dengan sambutan yang diberikan oleh rakan-rakan mereka dan pihak MSN.

Tahniah kepada pasukan dan semoga lebih banyak kejayaan yang akan dibawa pulang oleh pasukan ini.