Tuesday, March 26, 2013

Hari Ketiga - Kem Bakat Sukan Angkat Berat Bawah 15 tahun









Hari ketiga 19 Mac 2013

Sesi pada hari ketiga Kem Bakat Angkat Berat bawah 15 tahun bersambung pada jam 8.00 pagi dengan latihan memanaskan badan dan latihan yang bertumpu pada kekuatan kaki di trek olahraga stadium SMK Tunku Anum. 

Antara latihan yang dijalankan adalah standing broad jump dan 10m & 20m sprint. Sesi pagi ditamatkan pad jam 11.00 pagi. Sesi seterusnya adalah sesi Psikologi bersama penceramah dari ISN iaitu En. Sallehin dari unit Psikologi, ISN Bukit Jalil. Sesi tersebut tamat pada jam 6.00 petang. 

Seterusnya adalah sesi Pemakanan Sukan yang disampaikan oleh En. Mohd Qushairy dari unit pemakanan sukan ISN Bukit Jalil pada jam 8.00 malam. Sesi pemakanan sukan tamat pada jam 10.00 malam. 

Hari keempat (20 Mac 2013) akan bersambung pada jam 8.00 pagi dan sesi bersama ISN adalah sesi Biomekanik dan Kecederaan Sukan.

Hari Kedua - Kem Bakat Angkat Berat siri 1/13










Hari kedua 18 Mac 2012 

Kem Bakat Angkat Berat siri 1/13 diteruskan pada jam 8 pagi dengan aktiviti memanaskan badan serta sedikit aktiviti anerobik sehingga jam 10 pagi. Ativiti yang dijalankan adalah 10m sprint. 

Atlet diberikan rehat sehingga jam 1030 pagi dan sesi terus bersambung dengan latihan seperti biasa iaitu standing snatch, power snatch dan free exercise. Sesi latihan tamat pukul 11.30 pagi. 

Pada jam 3 petang, sesi latihan diteruskan dengan latihan standing clean and jerk dan back squat. Selepas sesi tamat pada pukul 5 petang, sesi malam disambung pada pukul 8.00 malam iaitu sesi bersama jurulatih yang dikendalikan oleh jurulatih pelapis serantau iaitu Aizat Zaini. 

Jurulatih tersebut memberikan sedikit ulasan tentang latihan pada sesi pagi dan petang. Sesi malam tamat pada pukul 10.00 malam. 


Laporan Kejohanan Lebuhraya Grand Prix Sirkit 1 2013







Tarikh: 24 mac 2013
Tempat: Muar Johor

Hari ini melibatkan 3 acara individu time trial untuk kategori men elit,men junior dan wanita terbuka. Berikut adalah senarai nama pemenang.

Wanita Terbuka - 29.8km

1. Mariana mohamad-selangor
2. Noor azian alias-elit msn
3. Sean wilson- wilayah persekutuan.

Lelaki Terbuka - 40.2km

1. Ng yong li-kuala lumpur
2. Mohd hazwan-pdrm
3. Mohd rauf nur misbah-malaysia.

Lelaki junior - 29.8km
1. Mohd badrul hakimi-terengganu
2. Mohd mustazlee ishak-muar
3. Mohd farouk dawod-muar

Setiap pasukan hanya 3 pelumba dibenarkan bertanding.Sepertimana kebiasaan acara ini tidak terlepas dengan isu kontraversi seperti salah laluan tiada kawalan terhadap pelumba. 
Tiada kemalangan melibatkan pelumba hari ini.

Sekian dari muar.

KEJOHANAN MEMANAH MSSM 2013








Salam

Hari ini telah bermula Kejohanan Memanah MSSM 2013 pada 25 - 29 Mac 2013 di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras.

Penglibatan atlet Pelapis Kebangsaan adalah seramai 4 orang atlet wanita yang mewakili pasukan negeri masing-masing. Berikut adalah pecahan negeri yang terlibat :

1. Perak - 3 atlet
2. Melaka - 1 atlet

Bagi penglibatan atlet dari Program YOG 2014 kesemua 8 pemain terlibat dengan 5 atlet lelaki dan 3 atlet wanita dan pecahan atlet mengikut negeti adalah seperti berikut :

1. Sabah - 1 atlet (lelaki)
2. Melaka - 1 atlet (lelaki)
3. Pulau Pinang - 5 atlet (2 lelaki, 3 wanita)
4. Pahang - 1atlet (lelaki)

Pagi ini telah dijalankan acara 90meter lelaki FITA dan 70meter FITA bagi wanita. Jurulatih Marbawi turut hadir untuk membuat pemantauan dan pemilihan terutama pada atlet wanita.

Sekian, terima kasih

Monday, March 25, 2013

LAPORAN HARIAN KEJOHANAN ANGKAT BERAT BAWAH 20 TAHUN DAN TERBUKA KEBANGSAAN 01/2013

Tarikh. : 25 Mac 2013
Masa : 4:30 petang- 9:30 malam
Tempat : Dewan Serbaguna,Stadium
Likas, Sabah

Bersambung Kejohanan Angkat Berat Bawah 20 tahun dan Terbuka Kebangsaan 01/2013 pada bagi kategori 62 kg dan 69 kg lelaki. Bagi kategori 62 kg, seramai 12 atlet bertanding dan bagi kategori 69 kg seramai 15 atlet mengambil bahagian.

Berikut merupakan keputusan kejohanan pada sesi kedua :

Bawah 20 tahun

Kat 62 kg

Snatch
1. Calixtus Daunis (SBH/PS) 100 kg
2. Mohd Shafiq Shafie (PLS) 95 kg
3. Alan Fidelis (SBH) 88 kg

Clean n Jerk
1. Calixtus Daunis (SBH/PS) 125 kg
2. Mohd Shafiq Shafie (PLS) 115 kg
3. Mohd Hazirul (WP) 112 kg

Terbuka

Kat 62 kg

Snatch
1. Constantine (SBH/PS) 110 kg
2. Mohammad Zaidi (ATM) 100 kg
3. Jerrymax Josue (SBH) 85 kg

Clean n Jerk
1. Constantine (SBH/PS) 137 kg
2. Mohammad Zaidi (ATM) 128 kg
3. Jerrymax Josue (SBH) 100 kg

Kat 69 kg

Bawah 20 tahun

Snatch
1. Bayrey Barry Englebert (SBH) 96 kg
2. Mohd Hafizi Azman (PRK) 95 kg
3. Amirul Al-Fadzli (N9) 95 kg

Clean n Jerk
1. Francis Vinsis (LAB) 125 kg
2. Mohd Faijudin (WP) 121 kg
3. Mohd Hafizi Azman (PRK) 116 kg

Terbuka

Snatch
1. Mohd Hazril Huzairi (PHG/PK) 121 kg
2. Loro Welkinson (SBH/PK) 118 kg
3. Mohd Fauzi (ATM/Elit) 117 kg

Clean n Jerk
1. Mohd Fauzi (ATM/Elit) 149 kg
2. Loro Welkinson (SBH/PK) 148 kg
3. Mohd Hazril Huzairi (PHG/PK) 146 kg

Kejohanan tamat pada jam 9:30 malam dan akan bersambung esok pada jam 8:30 pagi bagi kategori 77 kg (lelaki)

Sekian

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

LAPORAN HARIAN KEJOHANAN ANGKAT BERAT BAWAH 20 TAHUN DAN TERBUKA KEBANGSAAN 01/2013 SABAH

Tarikh. : 25 Mac 2013
Masa : 10:30 pagi - 4:30 petang
Tempat : Dewan Serbaguna Stadium
Likas,Sabah

Hari pertama Kejohanan Angkat Berat Bawah 20 tahun dan Terbuka Kebangsaan 01/2013 Sabah bermula dengan kategori 48 kg dan 53 kg (wanita) pada sesi pertama. Bagi kategori 48 kg (wanita), seramai 6 atlet dan 1 atlet dari kategori 53 kg (wanita). Pada jam 12:30 diteruskan dengan kategori 52 kg dan 56 kg (lelaki). Bagi kategori 52 kg,seramai 2 atlet bertanding manakala bagi kategori 56 kg,seramai 16 atlet bertanding

Berikut merupakan keputusan kejohanan sesi pertama:

10:30 pagi

Bawah 20 tahun

Kat 48 kg (W)

Snatch
1. Elly Casandra (SBH) 50 kg
2. Wellma Mary (SBH) 48 kg
3. Rovitha (SBH) 41 kg

Clean n Jerk
1. Elly Casandra (SBH) 61 kg
2. Wellma Mary (SBH) 61 kg
3. Rovitha (SBH) 50 kg

Terbuka

48 kg (W)

Snatch
1. Nur Niada Nordin (ATM/Elit) 65 kg
2. Nur Ainul Jannah (ATM) 60 kg

Clean n Jerk
1. Nur Niada Nordin (ATM/Elit) 78 kg
2. Nur Ainul Jannah (ATM) 75 kg

Terbuka

Kat 53 kg

Snatch
1. Sharifah Inani (ATM/Elit) 68 kg

Clean n Jerk
1. Sharifah Inani (ATM/Elit) 80 kg

12:30 tengahari

Bawah 20 tahun

Kat 52 kg (lelaki)

Snatch
1. Jazmin Asrimin (SBH) 65 kg
2. Jester Daniel Jayes (SBH) 63 kg

Clean n Jerk
1. Jazmin Asrimin (SBH) 70 kg
2. Jester Daniel Jayes (SBH) 85 kg

Terbuka

Kat 56 kg

Snatch
1. Mohd Azroy Wafi (PHG/PK) 102 kg
2.Zulhelmi Md Pisol (PEN/PS) 101 kg
3.Mohd Aznil Bidin (KDH) 101 kg

Clean n Jerk
1.Zulhelmi Md Pisol (PEN/PS) 128 kg
2. Mohd Azroy Wafi (PHG/PK) 116 kg
3.Mohd Aznil Bidin (KDH) 126 kg

Tamat sesi pertama dan seterusnya bersambung bagi kategori 62 kg dan 69 kg lelaki bermula jam 4:30 petang

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, March 24, 2013

Mesyuarat Pengurus Pasukan Kejohanan Angkat Berat Bawah 20 Tahun dan Terbuka Kebangsaan 01/2013 Sabah

Tarikh. : 24 Mac 2013
Masa : 5:00 petang - 6:00 petang
Tempat : Dewan Serbaguna, Stadium Likas,Sabah

Mesyuarat Pengurus Pasukan Angkat Berat diadakan awal sehari sebelum bermula kejohanan iaitu pada 25 Mac hingga 27 Mac 2013. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Dato Ong Poh Eng selaku Presiden Persatuan Angkat Berat Malaysia.Pada mesyuarat ini,sebanyak 16 kontingen telah melapor diri dan disahkan akan bertanding bagi kejohanan ini. Antara negeri dan pasukan yang bertanding adalah Perlis,Kedah,Pulau Pinang,Perak,Selangor,Wilayah Persekutuan,Negeri Sembilan,Johor,Kelantan,Pahang,Sabah,Sarawak,ATM,PDRM,Pelapis Kebangsaan dan Pelapis Serantau. Bagi penyertaan mengikut atlet pula, seramai 84 atlet lelaki dan 41 atlet wanita mengesahkan penyertaan.

Berikut merupakan jadual terkini 25 Mac 2013 bagi Kejohanan Angkat Berat Bawah 20 tahun dan Terbuka Kebangsaan 01/2013 Sabah :

10:30 pagi
Kat 48 kg dan 53 kg (wanita)

12:30 tengahari
Kat 52 kg dan 56 kg (lelaki)

2:30 petang
Kat 62 kg (lelaki)

4:30 petang
Kat 69 kg (lelaki)

Sekian

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone