Tuesday, March 26, 2013

Hari Ketiga - Kem Bakat Sukan Angkat Berat Bawah 15 tahun









Hari ketiga 19 Mac 2013

Sesi pada hari ketiga Kem Bakat Angkat Berat bawah 15 tahun bersambung pada jam 8.00 pagi dengan latihan memanaskan badan dan latihan yang bertumpu pada kekuatan kaki di trek olahraga stadium SMK Tunku Anum. 

Antara latihan yang dijalankan adalah standing broad jump dan 10m & 20m sprint. Sesi pagi ditamatkan pad jam 11.00 pagi. Sesi seterusnya adalah sesi Psikologi bersama penceramah dari ISN iaitu En. Sallehin dari unit Psikologi, ISN Bukit Jalil. Sesi tersebut tamat pada jam 6.00 petang. 

Seterusnya adalah sesi Pemakanan Sukan yang disampaikan oleh En. Mohd Qushairy dari unit pemakanan sukan ISN Bukit Jalil pada jam 8.00 malam. Sesi pemakanan sukan tamat pada jam 10.00 malam. 

Hari keempat (20 Mac 2013) akan bersambung pada jam 8.00 pagi dan sesi bersama ISN adalah sesi Biomekanik dan Kecederaan Sukan.

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.