Perhimpunan Atlet Pelapis Kebangsaan & Pelapis Serantau 2013
Laporan Hari Kedua
Khamis, 21hb Mac 2013
Aktiviti pertama untuk perhimpunan hari kedua dimulakan dengan solat subuh berjemaah di Masjid ILMU dan diikuti dengan morning briefing oleh Kem Komandan, En. Adnan Mat. Kemudian para atlet, jurulatih dan urusetia bersama-sama melakukan senamrobik yang bertempat di Dataran ILMU.
Pada pukul 10.00 pagi, semua atlet dan jurulatih berkumpul di Dewan Perdana dan bersedia bagi sesi Perhimpunan Atlet Bersama Ketua Pengarah MSN, YBhg Dato' Seri Zolkples Embong. Antara jemputan VIP yang turut memeriahkan sesi tersebut adalah :
1. YBhg Dato' Haji Mohamad Noordin Hj Awang - Pengarah Majlis Sukan Negeri Kelantan
2. En. Frederick Tan Teck An – Pengarah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang
3. En. Ahmad Zawawi Zakaria – Pengarah Cawangan Kejurulatihan, MSN
4. En. Joherman Amir – MSN
5. En. Ahmad Janius Abdullah – Timbalan Presiden, Persekutuan Angkat Berat Malaysia
6. En. Subramaniam A/L Sinnasamy – Setiausaha Eksekutif, Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia
7. Pn. Nur Hidayah - Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia
8. Lt. Kdr (B) Anthonysamy Silvarajoo – Kesatuan Olahraga Malaysia
9. En. Affendy Abdullah – Pengurus Besar, Persatuan Pelayaran Malaysia
10. En. Kon Cheng Chong – Sekolah Sukan Bukit Jalil
11. Tn. Hj Zahari Zakaria - Ketua Unit USPTN Kelantan
Perhimpunan atlet bersama Ketua Pengarah MSN, YBhg Dato' Seri Zolkples Embong berakhir dengan sesi bergambar beramai-ramai dan jamuan makan tengahari.
Selepas makan tengahari dan solat Zohor berjemaah, para atlet dan jurulatih berkumpul di Dewan Perdana untuk memulakan sesi bergambar individu untuk atlet dan jurulatih. Sesi bergambar individu ini diadakan adalah bertujuan untuk melengkap dan mengemaskini maklumat atlet dan jurulatih di bawah program Pelapis Kebangsaan dan Pelapis Serantau di dalam database Cawangan Pelapis.
Pusat latihan ILMU dibasahi hujan lebat yang berlarutan sehingga 1 jam dan hampir menyebabkan pihak urusetia membatalkan aktiviti riadah. Namun begitu, hujan mulai berhenti dan para atlet begitu bersemangat untuk melakukan aktiviti berbentuk fizikal setelah 2 hari di berada di Dewan Perdana untuk aktiviti berbentuk kenegaraan. Semua atlet dan jurulatih dibawa berjalan di sekitar perkampungan Janda Baik dan berpeluang menikmati keindahan alam dan menghirup udara segar selepas hujan. Pada checkpoint terakhir, para atlet diberi sedikit masa untuk menyejukkan diri di anak sungai berhampiran dengan kawasan kampung Janda Baik.
Program terakhir bagi perhimpunan hari kedua adalah sesi ceramah motivasi yang telah disampaikan oleh Pensyarah daripada Fakulti Pendidikan & Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) iaitu En. Nuszep Almigo. Sesi ceramah motivasi ini adalah bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri (self-confident) dan self-esteem atlet-atlet serta sebagai pencetus semangat bagi menghadapi kejohanan-kejohanan yang akan datang. Selain itu, sesi ceramah motivasi ini juga sedikit sebanyak sebagai persiapan awal para atlet untuk lebih bersemangat .
Aktiviti pertama untuk hari terakir akan dimulakan dengan perhimpunan pagi diketuai oleh Kem Komandan iaitu En. Adnan Mat dari ASZU. Laporan bersambung esok.
Siti Marina Arshad
No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.