Tarikh: 2 Mac 2013
Tempat: Delhi India
Sesi hari ini mengikut perancangan yang telah dirancang dimana latihan didalam trek velodrome selama 3 jam. Sesi latihan bermula dari jam 10.00 pagi dan tamat pada jam 1.00 petang.
Sesi latihan pagi ini lebih menekankan kepada acara team pursuit dan team sprint dengan 4 set flying tempo dan 2 set power traning untuk team pursuit lelaki dan wanita 5 set flying tempo 2 set 1 kilo dan satu set power training..untuk team sprint lelaki 2 set standing start dan 1 set rolling dan satu set flying.
Kesemua atlet berada didalam keadaan baik kecuali farina shahwati tidak dapat menjalani latihan akibat datang bulan. Terdapat juga beberapa atlet mengalami batuk sedikit tetapi tidak membimbangkan
2 atlet juga tidak dapat menyertai latihan didalam trek iaitu akmal hakim dan asri suraizi akibat ketiadaan basikal trek yang telah rosak. 2 buah basikal trek akan sampai pada 3hb bersama pasukan senior dan atlet ini dijangka boleh menyertai latihan pada 4hb nanti.
Kesemua atlet sampai di hotel penginapan pada jam 2.00 petang dan terus menikmati makan tengah hari.
Tiada latihan pada sesi sebelah petang. Latihan akan bersambung pada keesokan hari ditempat yang sama pada jam 9.00 pagi.
Sekian laporan dari Delhi India.
No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.