Wednesday, March 6, 2013

KEJOHANAN H.H THE AMIR OF KUWAIT 2ND. INTERNATIONAL SHOOTING GRAND PRIX 2013

Salam

Laporan Hari Pertama & Kedua :
Tarikh : 02 Mac 2013 (Sabtu) & 03 Mac 2013 (Ahad)
Masa : 6pm (02 Mac) - 3pm (03 Mac)
Tempat : Kuala Lumpur - Kuwait
Jumlah dalam pasukan : 1 pegawai, 2 jurulatih & 10 atlet

Pasukan sukan menembak Pelapis Kebangsaan seramai 13 orang bertolak ke KLIA pada jam 6pm (2 Mac).  Sampai sahaja di KLIA, urusan pemeriksaan dan check  in senjata serta barangan dibuat dan diuruskan oleh pihak KLIA dan bahagian keselamatan dilapangan terbang. 

Segala urusan berjalan dengan lancar walaupun mengambil masa yang agak lama berkenaan dengan senjata api.  Tepat jam 9.15pm kontigen bertolak dari Kuala Lumpur ke Doha (transit) dan lebih kurang 1 jam di Doha, kontigen terus berlepas ke Kuwait.

Keseluruhan perjalanan mengambil masa lebih kurang 7 jam.  Sampai di Kuwait pada jam 4am urusan diteruskan dengan pemeriksaan senjata di lapangan terbang Kuwait dan selepas pemeriksaan tersebut dibuat, senjata dan semua peralatan menembak dibawa ke lapangsasar Kuwait untuk tujuan penyimpanan dan pada jam 7am kontigen dibawa ke hotel Continental untuk merehatkan diri.

Pada jam 10.30am kontigen ke lapangsasar untuk urusan pemeriksaan senjata dan peralatan menembak (equipment control).  Sebaik sahaja tamat urusan pemeriksaan, Kontigen balik ke hotel pada jam 3pm.


Norjihan melaporkan dari Kuwait









No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.