Laporan Hari Keempat :
Tarikh : 05 Mac 2013 (Selasa)
Masa : 7.00am - 3.00pm
Tempat : Hotel - Lapangsasar
Kontigen Malaysia bertolak dari hotel ke lapangsasar pada jam 7am. Acara yang dipertandingkan pada hari ini melibatkan 2 acara sahaja iaitu 10m Air Rifle (M) dan 50m Free Pistol (M) untuk atlet Pelapis.
Kedua-dua acara tersebut dimulakan tepat pada jam 09.00am.
Untuk acara 10m Air Rifle (M), seramai 55 orang atlet dari 18 buah negara menyertainya dan yang akan ke final hanya 8 orang sahaja. Begitu juga dengan acara 50m Free Pistol yang melibatkan atlet dari 13 buah negara.
Bagi kejohanan ini juga peraturan baru yang diluluskan oleh ISSF telah digunapakai bagi semua acara yang dipertandingkan.
Berikut adalah keputusan atlet Pelapis Kebangsaan dan keputusan akhir bagi acara :-
10m Air Rifle (M) :
Pelapis Kebangsaan - Razi Aizat Adzha (579)
Nik Muhd. A'imullah Supardi (579)
Muhd. Lutfi Othman (571)
Akhir -
1. MIROSAVLJEY (SRB) - 203.4
2. NOROUZIAN (IRI) - 202.8
3. SIDI PETER (HUN) - 181.9
50m Free Pistol (M) :
Pelapis Kebangsaan -
1. Choo Wen Yan (520)
2. Eddy Chew (507)
Akhir -
1. MIKEC DAMIR (SRB) - 555
2. JUNG SAMRESH (IND) - 552
3. ZLATIC ANDRIJA (SRB) - 550
Tamat sahaja acara final, atlet yang terlibat dengan acara esok (06 Mac 2013) bagi acara 10m Air Rifle (W) terus menjalani sesi latihan (PET).
Esok acara lain yang akan dipertandingkan adalah Prone (M). Manakala PET pula adalah untuk acara 10m Air Pistol (W) dan 3 position (W).
Norjihan melaporkan dari Kuwait
No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.