Thursday, August 13, 2009

UCI Track World Junior Championship

Congratulation to Muhamad Adiq Husaini who won bronze in sratch race at UCI Track World Junior Championship. What achievement since he down with fever and food poisioning yesterday. With the right attitude and determanation he overcome all that and won bronze at the championship. Congratulation adiq and the team too.

REPORT FROM MOSCOW

( 12/8/09 ) 23.02 PM EVENT HARI INI

Amat membanggakan pada hari yang bersejarah ini dimana pelumba MALAYSIA dari Program Pelapis Kebangsaan Muhammad Adiq Hussaini Muhd Othman telah berjaya menempatkan diri dikalangan pelumba-pelumba remaja terbaik dunia dengan memenangi pingat gangsa bagi acara Scracth Lelaki 10 km ( 30 pusingan ). Acara ini melibatkan seramai 31 orang peserta yang mana acara ini hanya melibatkan seorang pelumba dari setiap negara yang terdiri daripada Pelumba-pelumba dari negara Australia,Belgium, Russia, Belanda, Itali, Jepun, Perancis, Itali, Amerika dan Jerman yang mana merupakan kuasa besar dunia basikal akhirnya akur dengan kehebatan pelumba kita yang hanya mempunyai ketinggian hanya 170cm.

Pingat emas Acara ini dimenangi oleh Pelumba dari Itali iaitu Sonda Darlo dan pingat perak dari negara Denmark Greve Matias yang mana pelumbaan ini berlangsung dengan sengit yang memerlukan kekuatan fizikal,mental dan juga kemahiran taktik yang tinggi. Dengan keadaan beliau yang tidak berapa memuaskan selepas mengalami, muntah, senak perut, pening kepala,sakit tekak prestasi beliau semasa perlumbaan amat mengejutkan bahkan bukan sahaja pihak kami malah Pegawai, jurulatih, dan Doktor perubatan dari pasukan Belgium yang merawat beliau juga amat terkejut dengan prestasi beliau pada hari. Ini membuktikan beliau mempunyai semangat juang yang tinggi walaupun dengan keadaan fizikal yang lemah tetapi dengan semangat yang tinggi beliau berjaya melakukannya.

Bagi pelumba Muhammad Zulhilmie Afif beliau menyertai acara Individu Pursuit yang mana beliau mencatatkan masa peribadi terbaik beliau 3 minit 44.289 saat dimana beliau berkedudukan 46 dari 49 pelumba yang mana pelumbaan ini dimenangi oleh pelumba dari Negara Australia Hepburn Michael yang telah memecahkan rekod Dunia remaja bagi acara tersebut semasa peringkat saringan dengan masa 3 minit 15.743 saat dan melakukan sekali lagi diperingat final dengan masa 3 minit 15.586 yang mana pelumba ini baru berumur 17 tahun. Pingat perak dimenangi oleh peserta daripada Russia Kuperasov Konstantin dengan catatan masa 3 minit 28.116 saat bagi pingat gangsa dimenangi oleh peserta Russia juga Savitski Ivan dengan catatan masa 3 minit 18.790 saat. Bagi pelumbaan acara ini dapat dilihat persiapan yang amat rapi daripada setiap negara yang menyertai bukan sahaja dari segi fizikal pelumba tersebut tetapi dari segi kemajuaan teknologi dari persiapan basikal yang menggunakan teknik aerodinamik serta peralatan yang di gunakan bagi meningkatkan prestasi pelumba masing-masing. Kebanyakkan negara yang menggunakan kaedah ini secara purata pelumba-pelumba mencatat masa 3 minit 30 saat dan Pencapaian Zulhilmie boleh ditingkatkan jika bantuan-bantuan selain daripada sains sukan bagi persediaan fizikal dan mental tetapi juga basikal yang berteknologi dengan bantuan peralatan yang terkini.

Kenyataan Adiq Husaini

Beliau menujukan pingat kemenangan ini kepada Bapanya En. Muhd Othman yang akan menyambut hari kelahirannya pada 30 Ogos ini dan kejayaan ini beliau juga ingin berkongsi dengan rakyat malaysia terutama Majlis Sukan Negara, Persatuan Kebangsaan Berbasikal MAlaysia serta pegawai dan jurulatih disini yang tidak putus-putus memberi kata-kata semangat dan kata-kata perangsang dalam membantu beliau didalam keadaan yang tidak sihat untuk meneruskan pelumbaan ini serta pihak Tentera Laut Diraja Malaysia ( TUDM ). Beliau juga menyatakan kejayaan meraih pingat gangsa ini juga sebagai titik permulaan beliau untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi diperingkat dunia bagi mengharumkan nama negara. Persiapan sebelum pertandingan beliau telah memberi fokus sepenuhnya terhadap acara ini dan sanggup melepaskan acara Individu Pursuit yang diadakan pada sebelah tengah hari bagi mendapatkan rehat yang secukupnya bagi acara Scracth pada sebelah petang memandangkan beliau tidak berada dalam keadaan fizikal yang baik. Selepas kejohanan ini beliau akan menumpukan perhatian penuh kepada Kejohanan Asian Champion Cycling Junior di Tenggarong Indonesia yang akan diadakan pada 17-20 Ogos dan beliau juga memerlukan persiapan mental dan fizikal yang baik memandangkan selepas kejohanan ini beliau terus ke Indonesia.

Kenyataan Zulhilmie

Beliau merasa amat kecewa dengan prestasi pada acara Individual Pursuit pada hari ini dan berazam akan berusaha dengan lebih gigih bagi mencapai kejayaaan yang tinggi pada masa akan datang dan menjadikan kejayaan Adiq sebagai perangsang bagi meraih pingat di Kejohanan Asian Champion Cycling Remaja yang akan dijalankan di Tenggarong Indonesia. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Adiq Husaini walaupun dalam keadaan beliau yang tidak 100 peratus bersedia dari segi fizikal tetapi berjaya melakukanya.

Sekian laporan dari Moscow ( 12.32 am )


Few pics from our Manager











Thanks to Azrain for the full report.

2 comments:

  1. tahniah adiq!!!
    untuk sheh..jadikan ini sebgai permulaan kepada prestasi yang lebih baik pada masa yang akan datang!!!

    ReplyDelete
  2. tahniah ADIQ.. mu memang hebat & membanggakan seluruh warga PELAPIS.. u're FUTURE CHAMPION!! juga tahniah pada CIKGU SUOD, BAIN, NICK FLYER, EZILL & PELAPIS CYCLING TEAMS atas kejayaan yang bersejarah ini!!!! MALAYSIA BOLEH.. Untuk SHEH, mu jgn putus asa...

    ReplyDelete

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.