Tuesday, June 1, 2010
KEJOHANAN BADMINTON SIRKIT REMAJA KEBANGSAAN 2010 PERINGKAT AKHIR 26-30 MEI 2010
KEJOHANAN BADMINTON SIRKIT REMAJA KEBANGSAAN 2010 PERINGKAT AKHIR
26-30 MEI 2010
29 Mei 2010 (Sabtu) - Kejohanan Badminton Sirkit Remaja Kebangsaan 2010 Peringkat Akhir telah dilangsungkan pada 26 Mei hingga 30 Mei 2010 bertempat di Dewan Persatuan Badminton Pahang, Indera Mahkota, Kuantan, Pahang Darul Makmur. Kejohanan ini merupakan kemuncak kepada Sirkit Remaja Kebangsaan dan telah mempamerkan persaingan lebih daripada 340 orang pemain-pemain remaja terbaik negara dalam 4 kategori peringkat umur iaitu Bawah 12 Tahun (Lelaki dan Wanita), Bawah 14 Tahun (Lelaki dan Wanita), Bawah 16 Tahun (Lelaki dan Wanita) dan Bawah 18 Tahun (Lelaki dan Wanita). Pemain-pemain telah melayakkan diri ke kejohanan ini melalui sistem permarkahan yang telah dibuat oleh Persatuan Badminton Malaysia di Sirkit Badminton Remaja Kebangsaan Sirkit 1 & Sirkit 2 yang telah dilangsungkan pada bulan Februari dan April 2010. pemain-pemain dari Sabah 7 Sarawak telah layak melalui Kejohanan Badminton Remaja Kebangsaan Sirkit Borneo pada bulan April 2010. Pecahan atlet yang layak mengikut PLN adalah berikut :
KATEGORI PERSEORANGAN
Perlis - 1 atlet (1 Wanita)
Kedah - 7 atlet (4 lelaki, 3 wanita)
Pulau Pinang - 17 atlet (7 lelaki, 10 wanita)
Perak - 6 atlet (2 lelaki, 4 wanita)
Selangor - 17 atlet (8 lelaki, 9 wanita)
Kuala Lumpur - 11 atlet (7 lelaki, 4 wanita)
N. Sembilan - 6 atlet (4 lelaki, 2 wanita)
Melaka - 8 atlet (4 lelaki, 4 wanita)
Johor - 8 atlet (1 lelaki, 7 wanita)
Pahang - 5 atlet (4 lelaki, 1 wanita)
Kelantan - 2 atlet (2 lelaki)
Sabah - 6 atlet (3 lelaki, 3 wanita)
Sarawak - 4 atlet (2 lelaki, 2 wanita)
SSBJ - 22 atlet (10 lelaki, 12 wanita)
BAM - 6 atlet (3 lelaki, 3 wanita)
KATEGORI BERGU
Kedah - 12 pasang (7 lelaki, 5 wanita)
Pulau Pinang - 20 pasang (8 lelaki, 12 wanita)
Perak - 4 pasang (2 lelaki, 2 wanita)
Selangor - 12 pasang (7 lelaki, 5 wanita)
Kuala Lumpur - 7 pasang (4 lelaki, 3 wanita)
N. Sembilan - 9 pasang (5 lelaki, 4 wanita)
Melaka - 9 pasang (3 lelaki, 6 wanita)
Johor - 9 pasang (4 lelaki, 5 wanita)
Pahang - 4 pasang (3 lelaki, 1 wanita)
Terengganu - 1 pasang (1 wanita)
Sabah - 4 pasang (1 lelaki, 3 wanita)
Sarawak - 6 pasang (4 lelaki, 2 wanita)
SSBJ - 24 pasang (12 lelaki, 12 wanita)
BAM - 5 pasang (3 lelaki, 2 wanita)
Pada peringkat awal, pertandingan di jalankan secara berkumpulan iaitu A, B, C & D bagi semua kategori umur. Pusingan kedua dijalankan secara kalah mati (johan & naib johan kumpulan layak ke pusingan kedua). Tidak dapat dinafikan pada peringkat awal, kejohanan ini dikuasai oleh pemain-pemain dari Sekolah Sukan Bukit Jalil dan program BAM.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.