LAPORAN PENGURUS SUKAN
12 Jun 2010 – Mesyuarat Pengurus, Jam 10.10 pagi
Bermula pukul 10.10 pagi dan di Pengerusikan oleh Major (B) Jasni dari Persekutuan Menembak Malaysia.
Wakil dari 14 buah negeri telah hadir terdiri dari pengurus pasukan dan jurulatih. Di dahului dengan memperkenalkan barisan juri-juri
dan pegawai yang bertugas untuk 10m, 25m dan 50m.
Sebarang permasalahan dan bantahan hendaklah dirujuk pada mereka
Perkara yang dibincang adalah:
• Pengurus Pasukan dan Jurulatih dinasihatkan untuk merujuk pada papan notis selalu untuk mengetahui perkembangan semasa pertandingan atau perubahan jadual, keputusan dan lain-lain notis pertandingan• Dijangka semua acara akan berlangsung dengan 2 details melainkan Rapid Fire atas sebab bay yang terhad.• Jurulatih dikehendaki memantau atlet agar “to cork” semasa aiming target sekiranya juri ternampak di lakukan lebih awal maka akan ditegur oleh pihak juri. Dipertandingan luar negara sekiranya telah ditegur sebanyak 2 kali, atlet tersebut boleh di “disqualify”. • Jurulatih dikehendaki memantau dalam aspek keselamatan agar tiada atlet yang tertembak luar dari kawasan terutama arah bangunan Ketua Menteri besebelahan.• Semua acara akan bermula pada 9.00 pagi disebelah pagi melainkan dalam acara 3 Position Rifle lelaki yang akan bermula pada pukul 8.00pagi. Acara ini akan mengambil masa 4 jam bagi setiap detail. Kuathir kelewatan untuk penyampaian hadiah.• Peraturan baru dari ISSF – Memakai semua jenis seluar jeans tidak dibenarkan semasa pertandingan termasuk penyampaian hadiah. Pengurus dan jurulatih dikehendaki memantau dalam isu pakaian.• Protest time adalah 10 minit selepas keputusan rasmi dikeluarkan bersama bayaran RM200.• Atlet kebangsaan yang mewakili negara di sukan sea yang lepas tidak boleh menyertai lebih dari 2 acara individu dan 2 acara pasukan.• Semua peluru .22 tidak dibenarkan di simpan didalam kontena kerana tidak sesuai dan kuathir wax nya akan cair dan menjejaskan pencapaian atau keputusan. Semua peluru hendaklan dilabelkan dan disimpan dalam bilik kebal.• Peringatan tidak dibenarkan merokok dalam kawasan pertandingan dan lapangsasar. Terdapat penguatkuasa yang akan memantau dan tindakan akan diambil oleh mereka.• Sekali lagi pengerusi mengingatkan dalam aspek keselamatan dan tidak ada kompromi yang mana tindakan akan diambil dengan tegas.• Memaklumkan kehadiran pengurus sukan dari MSN dan Jurulatih Kebangsaan dari Pelapis bagi sama-sama memantau pertandingan dan pencapaian atlet dalam pertandingan ini.• Perubahan dalam senarai atlet hingga pukul 12.00 tgh dan maklumkan pada pihak urusetia pertandingan. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.20 pagi.
Weapon Check bermula pada pukul 9.00 pagi hingga petang. PET (Pre Event Training) mengikut yang telah dijadualkan dari 9.00 pagi hingga petang.
--Mohd Razib YahyaPengurus Sukan
Sunday, June 13, 2010
Laporan Mesyuarat Pengurus bagi Sukan Menembak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.