Pandalela turun bersama Cheong Jun Hoong di Olympic Park – Aquatics Centre dalam acara 3m synchronize Springboard pada 29hb. Acara ini yang dijadikan acara memanaskan badan oleh Pandalela sebelum turun sekali lagi pada 31hb dalam acara yang dijangka memberi pingat iaitu 10m synchronize platform bersama Mun Yee. Good Luck Lulu.
Malaysia Boleh
Tuesday, July 31, 2012
Olimpik London 2012: Malaysia In Action 31.07.2012
Monday, July 30, 2012
Sunday, July 29, 2012
Olimpik London 2012: Majlis Pembukaan Temasya Sukan Olimpik 2012
Olimpik London 2012: Sekitar Majlis Pembukaan Rasmi Temasya sukan Olimpik 2012
We are proud to be include in this historic event. There are many
smiles among athletes and official during the parade. We are so proud
when many athletes and official from other country want to take
photograph with us since our attire was quite unique.

Olimpik London 2012: Aksi kontinjen Malaysia pada 27.07.2012
Kontinjen Malaysia meneruskan cabaran mencari pingat emas pertama negara pada 27.07.2012 melalui sukan menembak, memanah dan berbasikal lebuhraya. Manakala pasukan badminton meneruskan persaingan di peringkat kumpulan masing-masing.
Nampaknya cabaran untuk mengejar emas pertama negara menemui pelbagai rintangan. Atlet menembak negara Suryani Mutalib yang diberi tumpuan utama oleh pihak mediatidak dapat memberi persembahan terbaik apabila sekadar menduduki tempat ke 34 dari 56 penembak.
Dalam acara memanah, pasukan memanah negara gagal melepasi pusingan awal apabila tumpus kepada Mexico 211-216 manakala Adiq husaine dan Amir Mustafa pula gagal meneruskan cabaran dalam acara 250km lebuhraya.

Saturday, July 28, 2012
Olimpik London 2012: Memanah
Malaysia memulakan cabaran di Temasya terbesar dunia dengan menduduki ranking ke 10 dari 12 pasukan yang mengambil bahagian dalam persaingan ranking pagi tadi. Pasukan memanah negara memulakan cabaran dengan garang apabila menduduki ranking kedua pada arrow ke 32.
berikut adalah keputusan pada hari ini:
Ranking Pasukan
Ranking ke 10 dengan mata 1981
Ranking Individu
Khairul Anuar Mohamad : rank 20/669 mata
Cheng Chu Sian: rank 45/658 mata
Haziq Kamaruddin : rank 48/654 mata
Manakala Syafiqah meneruskan cabaran negara bagi kategori wanita di sebelah petang apabila menduduki rangking ke 60 dari 64 peserta dengan punggutan mata 599

Friday, July 27, 2012
Laporan dari Weymouth, London 2012
Salam Satu Malaysia,
Setelah hampir satu minggu , matahari bersinar dengan suhu mencecah 24 darjah, hari ini arah angin bertukar dari utara, membawa angin sejuk dengan kelajuan 12 - 16 Knot, suhu juga jatuh ke 18 darjah, Esok angin di jangka perlahan keadaan tidak bagitu menentu. Semalam Pelayar tidak dapat,menjalani latihan kerana angin bertiup perlahan bawah 3 knot.
Hari inil latihan dapat di jalankan selama 4 jam, kebanyakan latihan di tumpukan kepada pengendalian boat untuk mendapatkan kelajuan yang maksimum, Nizam masih perlu perbaiki down wind , bersaing dengan pelayar yang berpengelaman banyak memberi pendedahan kepada Nizam untuk memperbaiki skil pelayaran.
Semalam berbuka puasa bersama pelayar OKU (Pra-olympic) negara yang berada di Weymouth untuk menjalani latihan sebagai persediaan . Hari ini hanya buka puasa dengan sardin dan telor goreng masak sendiri. Makanan di sini tidak di sediakan makanan Halal dan boleh di katakan dalam semua makanan ada sahaja di campur bahan yang tak halal.
Sekian
--
MOHD AFENDY ABDULLAH
GENERAL MANAGER
Olimpik London 2012: Malaysia In Action 27.07.2012
Malaysia akan memulakan perjuangan memburu emas pertama negara melalui sukan memanah esok 27.07.2012 jam 9.00 pagi (waktu london). Chen Chu Sian akan mengetuai pasukan memanah negara apabila memula persaingan di peringkat awal dalam acara berpasukan lelaki dan invidu.
Nurul Syafiqah pula akan memburu peluang di dalam acara individu wanita pada jam 1.00 petang. semoga mereka dapat memenuhi impian mereka untuk mengharumkan nama negara dengan membawa balik pingat nanti.
27-Jul-12 (Fri)
Archery Lord’s Cricket Ground
09:00 – 11:00
Men’s Individual: ranking round /Men's Team : rangking round
Cheng Chu Sian/ Khairul Anuar Mohamad/ Haziq Kamaruddin"
13:00 – 15:00
Women’s Individual: ranking round
Nurul Syafiqah Hashim
Selamat berjuang
Lawatan SPB Yang DiPertuan Agung ke Perkampungan sukan
SPB Yang DiPertuan Agung sekali lagi mengembirakan kontinjen negara apabila sudi meluangkan masa dengan mereka di perkampungan sukan.
Baginda diiringi oleh SPB Permaisuri Agung, Tunku Intan Safinas dan daif-daif kehormat yang lain.
Baginda sempat melawat bilik sekretariat dan bilik penginapan yang di sediakan di perkampungan sukan sebelum meluangkan masa bergambar bersama semua atlet dan pegawai pasukan.

Wednesday, July 25, 2012
SEHARI YBHG TUN AHMAD SARJI BERSAMA KHAIRULNIZAM LONDON 2012 WEYMOUTH
Laporan dari Sub Village di Weymouth, hari ini seperti biasa latihan dimulakan seawal jam pagi 7.30 dengan latihan di Gym. Setelah latihan Kami menunggu ketibaan CDM, YBhg Tun Ahmad Sarji. Setibanya beliau kami telah membawa terus ke tempat penginapan dan memberi sedikit penerangan. Seterusnya telah membawa YBhg Tun ke venue pertandingan. Oleh kerana YBhg Tun sangat berminat untuk mengetahui pergerakan dan cara latihan dijalankan , kami telah membawa YBhg Tun turun ke air menaiki coach boat dan melihat sendiri bagaimana pelayar Khairulnizam menjalani latihan . Selama hampir 3 Jam YBhg Tun bersama kami banyak maklumat dan perkara berkaitan dengan sukan ini dapat dibincangkan.
Setelah hampir satu jam diatas bot bersama YBhg Tun, latihan dihentikan kerana tiupan angin semakin perlahan di bawah 4 knot dan kami terpaksa balik ke darat. YBhg Tun telah memberi kata-kata semangat kepada pelayar negara sebelum bertolak balik ke London. Seterusnya pelayar diberi rehat hari ini. Sesi petang pula, kami telah mengadakan latihan riadah iaitu berjalan di atas benting batu kecil semulajadi, dimana ia sangat baik untuk kesihatan. Benting ini berbentuk pantai sepanjang 7 KM. Jika dapat berjalan kaki tanpa pakai kasut sejauh 200 meter ia dapat memberi kelegaan dan kebaikkan kesihatan.
Sekian
MOHD AFENDY ABDULLAH
GENERAL MANAGER
MALAYSIAN YACHTING ASSOCIATION
GENERAL MANAGER
MALAYSIAN YACHTING ASSOCIATION
Monday, July 23, 2012
Coretan Olimpik London 2012: Team welcome Ceremony
Pagi semalam berlangsung upacara Team Welcome Ceremony menandakan secara rasminya kontinjen Malaysia berkampung di Perkampungan Sukan Olimpik.
Pasukan memanah dan beberapa pegawai sekretariat mewakili kontinjen Malaysia di upacara tersebut.
Pasukan memanah dan beberapa pegawai sekretariat mewakili kontinjen Malaysia di upacara tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)