Friday, July 27, 2012

Laporan dari Weymouth, London 2012


Salam Satu Malaysia,


Setelah hampir satu minggu , matahari bersinar dengan suhu mencecah 24 darjah, hari ini arah angin bertukar dari utara, membawa angin sejuk dengan kelajuan 12 - 16 Knot, suhu juga jatuh ke 18 darjah, Esok angin di jangka perlahan keadaan tidak bagitu menentu. Semalam Pelayar tidak dapat,menjalani latihan kerana angin bertiup perlahan bawah 3 knot.



Hari inil latihan dapat di jalankan selama 4 jam, kebanyakan latihan di tumpukan kepada pengendalian boat untuk mendapatkan kelajuan yang maksimum, Nizam masih perlu perbaiki down wind , bersaing dengan pelayar yang berpengelaman banyak memberi pendedahan kepada Nizam untuk memperbaiki skil pelayaran.



Semalam berbuka puasa bersama pelayar OKU (Pra-olympic) negara yang berada di Weymouth untuk menjalani latihan sebagai persediaan . Hari ini hanya buka puasa dengan sardin dan telor goreng masak sendiri. Makanan di sini tidak di sediakan makanan Halal dan boleh di katakan dalam semua makanan ada sahaja di campur bahan yang tak halal.


Sekian

--
MOHD AFENDY ABDULLAH
GENERAL MANAGER







No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.