Laporan dari Sub Village di Weymouth, hari ini seperti biasa latihan dimulakan seawal jam pagi 7.30 dengan latihan di Gym. Setelah latihan Kami menunggu ketibaan CDM, YBhg Tun Ahmad Sarji. Setibanya beliau kami telah membawa terus ke tempat penginapan dan memberi sedikit penerangan. Seterusnya telah membawa YBhg Tun ke venue pertandingan. Oleh kerana YBhg Tun sangat berminat untuk mengetahui pergerakan dan cara latihan dijalankan , kami telah membawa YBhg Tun turun ke air menaiki coach boat dan melihat sendiri bagaimana pelayar Khairulnizam menjalani latihan . Selama hampir 3 Jam YBhg Tun bersama kami banyak maklumat dan perkara berkaitan dengan sukan ini dapat dibincangkan.
Setelah hampir satu jam diatas bot bersama YBhg Tun, latihan dihentikan kerana tiupan angin semakin perlahan di bawah 4 knot dan kami terpaksa balik ke darat. YBhg Tun telah memberi kata-kata semangat kepada pelayar negara sebelum bertolak balik ke London. Seterusnya pelayar diberi rehat hari ini. Sesi petang pula, kami telah mengadakan latihan riadah iaitu berjalan di atas benting batu kecil semulajadi, dimana ia sangat baik untuk kesihatan. Benting ini berbentuk pantai sepanjang 7 KM. Jika dapat berjalan kaki tanpa pakai kasut sejauh 200 meter ia dapat memberi kelegaan dan kebaikkan kesihatan.
Sekian
MOHD AFENDY ABDULLAH
GENERAL MANAGER
MALAYSIAN YACHTING ASSOCIATION
GENERAL MANAGER
MALAYSIAN YACHTING ASSOCIATION
Tun tidak muntah satu jam atas bot? Mungkin ombak tenang dibawah 4 knot?
ReplyDeleteAll the best