Salam aidilfitri
Invercargill,New Zealand
20 ogos 2012
Hari ini pasukan negara turun menjalani latihan velodrome pada jam
3.00 petang mengikut jadual penganjur yang telah ditetapkan.
Sesi latihan pada petang ini lebih kepada penekanan kepada standing
start,flying dan acceleration bagi mendapatkan momentum dan
keserasiaan di trek ini.
Penekanan teknik latihan ini amat penting bagi menentukan kedudukan
jump yang betul untuk mendapatkan masa yang lebih baik.Didalam sesi
latihan ini juga pelumba perlu menggunakan disc dan five spoke dan
juga helmet aerodonamik. Sesi latihan tamat pada jam 7.00 petang.
Program latihan bagi esok adalah bermula pada jam 3.00 petang dimana
pendaftaran pelumba dan acara akan bermula pada jam 9.00 pagi hingga
12.00 tgh. Di sebelah petang pula terdapat jamuan ringan pada jam 4.00
ptg untuk semua team manager dan diikuti dengan team manager meeting
pada jam 6.00 ptg.
Keadaan atlet juga amat baik dan tiada sebarang masalah kesihatan
serta kecederaan.
Sekian laporan dari invercargill.
Laporan disediakan oleh:
Azrain
No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.