Invercargill new zealand
25 ogos 2012
Hari ini sejarah tercipta lagi dimana pelumba remaja wanita negara
iaitu ummi hamimah mohamad berjaya memasuki pusingan separuh akhir
acara keirin.
Walaupun gagal melayakkan diri ke final keirin, pencapaian ini amat
membanggakan dimana beliau berjaya memberi saingan yang sengit kepada
pelumba pelumba dari
Kuasa besar dunia basikal seperti russia,holland,new zealand,australia
dan negara amerika yang mana mempunyai tubuh badan yang lebih besar
dan mempunyai kekuatan fizikal dan pengalaman yang luas.
Acara keirin yang bermula pada jam 1.30 ptg. Seramai 18 orang pelumba
mengambil bahagian yang dipecahkan kepada 3 heat atau pusingan. Ummi
hamimah diletakkan didalam heat yang kedua. Berikut adalah peringkat
kelayakkan yang perlu dilalui oleh beliau.
Pusingan pertama heat 2
1. Russia
2.colombia
3.mexico
4.malaysia
5.trinidad tobago
2 pelumba teratas automatik layak ke semifinal.
Repecharge
1.russia
2.new zealand
3.malaysia
4.canada
5.trinidad tobago
Best 3 layak ke semifinal
Semifinal first heat
1.russia
2.russia
3.new zealand
4.australia
5.belgium
6.malaysia
Best 3 layak ke final
Placing 7 hingga 12
1. Australia
2.belgium
3.colombia
4.usa
5. Malaysia
6. Netherland
Ummi hamimah menduduki tempat ke 11 dari 12 pelumba.
Placing 1 hingga 6 final
1.russia
2.russia
3.usa
4.new zealand
5.new Zealand
6.australia
Esok hari terakhir kejohanan yanga mana melibatkan 2 pelumba negara.
Malek marcuss mccrone
Keirin men
Ummi hamimah
500m time trial.
Sekian laporan dari invercargill.
Laporan disediakan oleh:
Azrain
No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.