Wednesday, August 22, 2012

Laporan harian UCI world junior track championship new zealand






Salam

Invercargill new zealand
22 ogos 2012

Tengahari ini bermula jam 12.30 tgh bagi acara team pursuit kelayakan lelaki dan wanita dan kelayakan team sprint lelaki dan wanita.

Pasukan negara hanya menjalani latihan yang bermula pada jam 10.00 pagi memandangkan tiada acara yang terlibat untuk hari ini.

Pertandingan sesi pagi tamat pada jam 3.00 ptg dan disambung pada jam 6.00 ptg dengan acara pembukaan rasmi diadakan. Pasukan negara diwakili oleh muhd firdaus suardi bagi pada perbarisan tersebut.

Sesi malam bermula pada jam 7.00 ptg dan tamat pada jam 9.00mlm.

Apa yang menariknya pada kejohanan kali ini penganjur telah menetapkan suhu didalam velodrome diantara 27-28 celcius bagi membolehkan prestasi atlet dapat ditingkatkan. Ini pula ditambah dengan kehadiran penonton yang ramai walaupun bayaran dikenakan sebanyak nz 91.00 untuk sepanjang kejohanan( session ticket)

Ini terbukti benar dimana sebanyak 4 rekod world junior dapat dipecahkan pada hari ini. Berikut adalah keputusan pertandingan hari ini.

Team pursuit lelaki
1. Australia 4:06.277
2. New zealand 4:08.124
3. Russia 4:09.132

Team pursuit wanita
1. Ausrtralia 3:14.372 (world record)
2. New zealand 3:30.719
3. Great britain 3:30.841

Team sprint lelaki
1. Russia 46:363
2.Australia 44.815 ( world record) qualifying
3.mexico 46:262

Team sprint wanita
1. Russia 34.155 (world record) final
34.321 (world record) qualifying
2. New zealand 35.225
3.Australia 35.428

Esok ketiga tiga pelumba negara akan beraksi. Berikut adalah yang melibatkan pelumba negara:

Ummi hamimah
Event: 200m qualifying
Pelumba: 17
Kelayakan:best 12
Time: 12.30 pm ( 8.30 pg malaysia)

Malek marcuss mccrone
Event: 1km time trial final
Pelumba: 26
Time: 10.00 mlm ( 7.00 mlm malaysia)

Muhd firdaus suardi
Event: scratch 10km final
Pelumba: 19
Time: 6.30 ptg ( 2.30 ptg malaysia)

Kedaan pelumba semua dalam berkeadaan cukup bersedia dan bersemangat untuk beraksi. Diharap mereka dapat membuat catatan masa yang telah ditetapkan untuk kemasukan program track elit dan juga dapat membuat kejutan.

Sekian laporan dari invercargill.

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.