Saturday, November 16, 2013

KEM BAKAT SUKAN MEMANAH 2/2013

LAPORAN RINGKAS
15 NOVEMBER 2013

Hujan lebat pada pagi hari ini telah memaksakan sesi pemanasan badan dilaksanakan di dalam dewan. Setelah hujan berhenti, semua atlet beransur ke padang untuk menjalani latihan seterusnya iaitu 'Basic Shooting Skill' mengikut kumpulan masing-masing. Kumpulan A diketuai oleh Coach Mon Redee, kumpulan B oleh Coach Mohd Kamro, Kumpulan C oleh Coach Cheng Chu Sen, Kumpulan D oleh Coach Jefri Ngaiman, Kumpulan E oleh Coach Izzuddin, Kumpulan F oleh Coach Wan Khalmizan dan dipantau oleh Coach Othman Wahab, Coach Amran Hamidi serta Coach Zainuddin Talib.

Dalam sesi ini jurulatih memantau cara atlet-atlet membuat panahan dan terus memperbaiki kesilapan yang dilakukan oleh atlet. Sesi pagi berakhir pada jam 12.30 tengahari.

Sesi bersambung semula pada jam 2.00 petang dengan basic shooting skill jarak 10m sehingga jam 6.00 petang.

Sesi pada semalam bermula pada jam 8.00 dengan sesi motivasi bertajuk 'Teknik Penguasaan Minda Dalam Sukan'. Penceramah jemputan bagi sesi ini adalah Puan Rozzi atau lebih dikenali dengan nama "Coach Rozzi".

Laporan dari Keramat

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.