Saturday, November 16, 2013

KEM BAKAT SUKAN MEMANAH PELAPIS NEGERI 2/2013

LAPORAN RINGKAS
16 NOVEMBER 2013

Hari ini aktiviti bermula dengan perhimpunan pagi dan nyanyian lagu Negara-Ku. Selepas itu, atlet terus menjalani pemanasan badan sebelum sarapan pagi pada jam 7.00 pagi.

Selepas sarapan atlet terus ke padang untuk menjalani latihan 'Basic Shooting Skill' jarak 10m sehingga jam 10.00 pagi dan dikuti oleh jarak 30m sehingga jam 12.00 tengahari.

Hujan mula turun dengan lebat pada sesi petang dan memaksa atlet untuk menjalani lantihan selanjutnya di dalam dewan. Sejurus hujan berhenti latihan bersambung dengan basic shooting skill jarak 30m hingga jam 6.00 petang.

Pada sebelah malam, satu sesi 'Team Building' di adakan untuk membina semangat sepasukan dan setiakawan dikalangan atlet-atlet dalam kem.

Laporan dari Keramat

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.