TARIKH : 16 JULAI 2014
TEMPAT : GIMNASIUM GYEONGJU, KOREA
Hari ini merupakan hari keenam kejohanan yang merupakan hari
terakhir berlangsungnya Kejohanan Antarabangsa Taekwondo Terbuka Korea 2014. 11
lagi pingat emas ditawarkan yang melibatkan acara bagi junior dan juga senior.
Hari terakhir menyaksikan satu lagi pingat gangsa buat
Malaysia melalui Khir Amir Salam dalam acara lelaki junior bawah 73kg. Berikut
merupakan kronologi perlawanan beliau.
1) Perlawanan pertama mendapat bye apabila pemain dari Korea
tidak hadir.
2) Perlawanan kedua menang ke atas pemain Korea dengan
pungutan mata 8 berbalas 4.
3) Selepas perlawanan kedua Khir Amir Salam layak ke
quaterfinal bertemu dengan pemain dari Taiwan dan menang dengan pungutan mata 13
berbalas 6.
4) Pada pusingan semifinal beliau bertemu dengan pemain Iran
namun kecundang dengan pungutan mata 10 berbalas 2.
Selain itu, seorang lagi atlet Pelapis layak sehingga ke
quaterfinal iaitu Mohana Priya Mariappen dalam acara wanita junior bawah 59kg.
1) Perlawanan pertama bertemu pemain dari Canada dan menang
dengan mata 5 berbalas 3.
2) Perlawanan kedua menang ke atas Korea dengan mata 3
berbalas 1 dan layak ke quaterfinal.
3) Pusingan Quaterfinal tewas kepada pemain dari Italy
dengan mata 2 berbalas 7.
Secara keseluruhannya, pada kejohanan kali ini 2 pingat
gangsa telah dikutip menerusi Navin Arikrisnasamy dan Khir Amir Salam. Manakala
Jasmin Nabilla dan Mohana Priya Mariappen layak sehingga ke quaterfinal. 4 lagi
atlet iaitu Nur Fasha Qistina, Mohd Alif dan Thava Kumarisha tewas di pusingan
pertama dalam acara masing-masing.
Pada sebelah petang, pasukan menerima kunjungan dari Master
Dhanaraj. Beliau sempat menyaksikan perlawanan kedua Khir Amir Salam sebelum
berangkat kembaki ke Seoul.
Selepas ini 3 orang iaitu jurulatih Sarawanan, Mohana Priya
dan pegawai pengiring akan bertolak ke lapangan terbang Incheon dari Gyeongju
pada pukul 3.30 pagi dan dijangka tiba pada pukul 8 pagi bersama pasukan senior
kebangsaan. Manakala atlet junior yang lain bersama jurulatih Elaine Teoh akan
ke Muju pada 18 Julai 2014 bagi menyertai Taekwondo Youth Camp. Camp training
ini adalah ditaja oleh Korea Taekwondo Federation (KTF) dimana tempat tinggal, makanan, perjalanan
dan pengisian program ditanggung oleh KTF. Hanya negara yang dijemput sahaja
akan menyertai program ini dimana terhad kepada 150 orang atlet sahaja. Pada 17
Julai 2014 3 lagi atlet Pelapis Serantau akan tiba di Incheon Airport bagi
menyertai program ini. Atlet akan kembali ke tanah air pada 25 Julai 2014
nanti.
Sekian laporan dari Gyeongju, Korea.
LAPORAN OLEH,
NENCY EVE GASINAU