TARIKH : 13 JULAI 2014
TEMPAT : GYEONGJU, KOREA
Hari ini merupakan hari ketiga kejohanan berlangsung di
Gimnasium Gyeongju, Korea. Setelah dua orang atlet Pelapis beraksi semalam hari
ini tiada acara yang melibatkan atlet Pelapis. Dua orang atlet elit taekwondo
Malaysia iaitu Nur Dhia Liyana dalam kategori wanita senior bawah 49kg serta
Thinagaran Naidu S/O Papunaidu dalam kategori senior lelaki bawah 68kg beraksi
pagi hari ini.
6 orang atlet Pelapis Kebangsaan yang belum beraksi masih
menjalankan latihan ringan seperti biasa bertempat di sekitar lokasi pertandingan
bagi mengekalkan tahap kecergasan. Hari ini 9 pingat emas ditawarkan di dalam acara berikut :
1) Children -30kg
2) Children -32kg
3) Children -39kg
4) Children -41kg
5) Children -44kg
6) Junior (F) -46kg
7) Junior (M) -59kg
8) Senior (F) -49kg
9) Senior (M) -68kg
Esok dijadualkan sebanyak 15 lagi acara yang akan
berlangsung. Berikut adalah acara yang melibatkan atlet Pelapis Kebangsaan :
1) Wanita Junior bawah 52kg
- Jasmin Nabilla Bt
Sukardi (MAS/PK) vs Korea
2) Lelaki Junior bawah 51kg
- Muhammad Alif Bin Mohd Rosli (MAS/PK) vs
Korea
3) Wanita Senior bawah 73kg
- Thava Kumarisha
(MAS/PK) vs Korea
LAPORAN OLEH,
NENCY EVE GASINAU
CAWANGAN PELAPIS MSNM
No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.