TARIKH : 14 JULAI 2014
TEMPAT : GIMNASIUM GYEONGJU, KOREA
Keadaan di sekitar lokasi pertandingan iaitu Gyeongju pada
hari ini agak panas di mana hampir mencecah 30 darjah celcius. Walau
bagaimanapun pertandingan dijalankan di dalam gimnasium dan atlet semua berada
dalam keadaan yang baik.
Hari ini 3 orang atlet Pelapis terlibat dengan acara
masing-masing iaitu :
1) Thava Kumarisha dalam kategori wanita senior bawah 73kg
2) Jasmin Nabilla Bt Sukardi dalam kategori wanita junior
bawah 52kg
3) Mohd Alif bin Mohd Rosli dalam kategori lelaki junior
bawah 51kg
Thava Kumarisha tewas kepada pemain dari Korea (0 berbalas
1) di perlawanan pertama makala Mohd Alif Bin Mohd Rosli tewas juga kepada
pemain dari Korea (8 berbalas 6). Kedua-dua pemain menunjukkan kesungguhan
walaubagaimanapun nasib kurang meyebelahi mereka. Manakala Jasmin pula beraksi
cemerlang apabila menang ke atas pemain Korea di pusingan pertama dengan mata
12 berbalas 5, dan di perlawanan kedua bertemu pemain dari Jepun dan menang 12
berbalas 9 untuk mara ke quaterfinal. Namun begitu, Jasmin terkandas di
perlawanan ini dan kalah tipis kepada pemain dari Thailand dengan mata 5
berbalas 3.
Perlawanan ini amat penting sebagai pendedahan kepada atlet
agar lebih ingin meningkatkan prestasi dan dapat membezakan tahap kebolehan
mereka sekarang kepada atlet dari negara lain. Dua lagi atlet senior kebangsaan
turut tewas di perlawanan pertama kerana persaingan yang sengit.
Esok hanya seorang atlet sahaja yang terlibat iaitu Aida
Syahnaz Bt Azalan. Beliau akan mengambil acara wanita junior bawah 68kg. Kategori
ini hanya terdapat penyertaan seramai 10 orang dari negara Korea, Chinese
Taipei, Italy, Australia, Kanada serta Malaysia. Walaubagaimanapun, Aida
Syahnaz yang baru pulih dari kecederaan akan cuba untuk memberikan yang terbaik
setelah berehat untuk beberapa ketika.
Selain itu, beberapa nama besar dalam sukan taekwondo
seperti Aaron Cook dan Steven Lopez akan beraksi esok. Acara ini dijangkakan
antara yang paling menarik perhatian dan peluang ini amat baik kepada atlet
junior untuk memerhatikan teknik pemain bertaraf dunia.
Sekian laporan hari keenam dari Gyeongju, Korea.
LAPORAN OLEH,
NENCY EVE GASINAU
CAWANGAN PELAPIS MSNM
No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.