TARIKH : 11 JULAI 2014
TEMPAT : GYEONGJU, KOREA
TEMPAT : GYEONGJU, KOREA
Hari ini pertandingan telah pun bermula, walaubagaimanapun atlet pelapis kebangsaan belum terlibat dalam acara yang dijalankan. Pertandingan berlangsung sehingga pukul 3.00 petang dan baki pertandingan akan diteruskan pada hari esok bagi memberi laluan persiapan majlis pembukaan dan seterusnya perasmian kejohanan yang berlangsung pada pukul 4.00 petang.
Pasukan senior Malaysia menyaksikan 3 orang atlet elit iaitu Shakilla Darshini, Muhammad Danial serta Abdul Hemi memulakan persaingan pada hari pertama. Walau bagaimanapun dua orang atlet lelaki kecundang di pusingan awal manakala Shakilla maju ke pusingan seterusnya namun turut kecundang di pusingan yang kedua. Kejohanan kali ini menyaksikan perlawanan yang agak ramai dan sengit. Penyertaan oleh pasukan senior dan junior ini adalah tepat dan amat baik untuk pendedahan kepada atlet taekwondo Malaysia terutama sekali bagi atlet pelapis.
Kejohanan Antarabangsa Taekwondo Terbuka Korea kali ke-8 ini disertai sebanyak 50 buah negara tidak termasuk persatuan dan kelab dalaman dari negara Korea dimana lebih dari 3000 orang peserta yang berdaftar untuk kejohanan kali ini. Persaingan pada kejohanan kali ini dijangkakan lebih sengit terutamanya kategori senior kerana penyertaan yang ramai serta penyertaan oleh pemenang pingat emas Olimpik seperti Steven Lopez dari United States, Jade Jones dari Great Britain serta ranking nombor satu dunia kategori 80kg Aaron Cook dari Isle of Man. Berikut merupakan senarai negara yang menyerta kejohanan ini :
1
|
Australia
|
18
|
Indonesia
|
35
|
Philiphine
|
2
|
Azerbaijan
|
19
|
Ireland
|
36
|
Poland
|
3
|
Belarus
|
20
|
Isle of Man
|
37
|
Portugal
|
4
|
Brazil
|
21
|
Italy
|
38
|
Qatar
|
5
|
Cambodia
|
22
|
Ivory Coast
|
39
|
Rusia
|
6
|
Canada
|
23
|
Jepun
|
40
|
Sepanyol
|
7
|
China
|
24
|
Jerman
|
41
|
Serbia
|
8
|
ChineseTaipei
|
25
|
Jordan
|
42
|
Singapore
|
9
|
Croatia
|
26
|
Kazakhstan
|
43
|
South Africa
|
10
|
Cyprus
|
27
|
Korea
|
44
|
Thailand
|
11
|
Ecuador
|
28
|
Kyrgystan
|
45
|
Tunisia
|
12
|
Egypt
|
29
|
Laos
|
46
|
Turki
|
13
|
Gabon
|
30
|
Mac
|
47
|
United States
|
14
|
Ghana
|
31
|
Malaysia
|
48
|
Uzbezkistan
|
15
|
Great Britain
|
32
|
Mongolia
|
49
|
Venezuala
|
16
|
HongKong
|
33
|
Myanmar
|
50
|
Vietnam
|
17
|
India
|
34
|
Perancis
|
Esok perlawanan akan diteruskan dan dua orang atlet Pelapis Kebangsaan akan bertanding iaitu :
12 Julai 2014 (Sabtu)
1) Nur Fasha Qistina (MAS/PK) vs Murakami Chiren (JPN)
- Kategori junior wanita bawah 49kg
2) Navin Arikrishnasamy (MAS/PK) mendapat bye dalam pusingan pertama dan akan bertemu sama ada Aaron James (PHI) atau Levchenko Mikhail (RUS)
- Kategori junior lelaki bawah 55kg
NENCY EVE GASINAU
CAWANGAN PELAPIS MSNM
No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.