Thursday, July 7, 2011

TAHNIAH KEPADA PASUKAN PEMANAH NEGARA KERANA LAYAK KE TEMASYA SUKAN OLIMPIK 2012

Tahniah kepada pasukan pemanah negara kerana berjaya melayakkan diri ke Temasya Sukan Olimpik 2012 apabila menduduki tempat ke sembilan di kejohanan Memanah Dunia di Torino Itali. Pasukan negara yang diwakili oleh Chen Chu Sian, Haziq Kamaruddin dan Khairul Anuar Mohammad telah berjaya menewaskan pasukan Poland dalam pusingan repercharge dengan mata 219-217. Tahniah kepada semua pemanah, jurulatih, pengurus pasukan dan pihak persatuan.

Dua dari pemanah negara adalah dari program pelapis yang dimulakan sejak tahun 2007 lagi. Sedikit latar belakang mengenai pemanah muda ini.


Haziq Bin Kamaruddin

baru berusia 18 tahun, pemanah muda ini kelahiran negeri Johor ini telah menunjukkan bakat yang luar biasa sejak mula lagi. Memulakan latihan di Sekolah Sukan Bandar Penawar di bawah program Bakat Khas MSN sebelum diserapkan ke program Pelapis Serantau di Akademi Serantau Zon Selatan di Johor Bharu pada Julai 2008. Bakat Haziq yang digilap oleh jurulatih Akademi Serantau Lim Geok Pong dan telah berjaya memeprtingkatkan prestasi dari 1094 (apabila mula masuk ke PS) kepada 1284 di kejohanan Memanah kebangsaan 2 Disember 2008.

Prestasi cemerlang beliau ini telah membolehkan beliau ditawarkan ke program Pelapis Kebangsaan pada Februari 2009. Atlet ini telah berjaya mempamerkan prestasi yang begi memberangsangkan di bawah kendalian Jurulatih Pelapis Kebangsaan En. Othman Wahab. beliau berjaya mmembuat catatan terbaik peribadi 1311 di Kejohanan Memanah Kebangsaan Sirkit 3/2010 Julai 2010. Kejayaan ini telah membuka mata Jurulatih Kebangsaan untuk menawarkan tempat kepada atlet ini pada Mac 2011.


Khairul Anuar Bin Mohamad

Sebagaimana haziq, Khairul Anuar memulakan latihan pada 2006 di Sekolah Mengambang Telipot dibawah program Cemerlang 2010 anjuran Bahagian Pembangunan MSN. Bakat beliau di kesan oleh jurulatih Akademi Serantau Zon Selatan (ASZS) Cik. Lim Goek Pong dan ditawarkan memasuki program Pelapis Serantau pada Julai 2008. Beliau pada awalnya menghadapi masalah menyesuaikan diri di Akademi Serantau telah berjaya didik dan di asuh oleh Cik Lim untuk menjadi seorang pemanah yang cemerlang. Beliau telah berjaya memperbaiki catatan peribadi terbaik dari 1189 kepada 1227 di Kejohanan Memanah Kebangsaan Dan Terbuka Atm 2008, 2hb – 6hb Disember 2008. Usaha beliau ini telah membolehkan beliau ditawarkan ke program Pelapis Kebangsaan dibawah kendalian Othman Wahab. Di bawah program PK ini beliau telah berjaya menunjukan disiplin dan kemampuan untuk di pilih ke program elit pada Mac 2011. Beliau juga telah berjaya memperbaiki catatan terbaik peribadi apabila mendapat 1274 Kejohanan Memanah Kebangsaan Sirkit 3/2010.

Tahniah sekali lagi kepada semua pemanah pasukan negara kerana telah melayakkan diri ke Temasya Sukan Olimpik 2012.

LAPORAN PENYERTAAN PASUKAN PELAPIS KEBANGSAAN KE KEJ MEMANAH KEBANGSAAN SIRKIT 2/2011






Hari Ketiga, 6 Julai 2011 (Rabu)

Pasukan bersarapan seawal jam 7.00 pagi di hotel. Bertolak ke venue pertandingan jam 7.45 pagi menggunakan 3 buah van. Sighters dilakukan bermula jam 8.30 pagi. Mesyuarat Pengurus-pengurus pasukan diadakan jam 10.15 pagi diikuti sesi pemeriksaan peralatan jam 11.30 pagi.

Sighters tamat jam 1.00 petang. Atlet dibawa makan tengahari dan pulang ke hotel untuk rehat. Tiada latihan dijalankan pada sebelah petang bagi membolehkan semua atlet mendapat cukup rehat dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada pertandingan sebenar esok.

Perkhabaran yang amat mengembirakan pada sebelah petang apabila mendapat berita dari Torino, Italy bahawa pasukan memanah kebangsaan Malaysia berjaya layak ke Sukan Olimpik 2012, London setelah cemerlang menewaskan pasukan Poland dalam perlawanan playoff penentuan pasukan kelapan layak mengisi slot ke Olimpik secara automatik. Diharap kejayaan tersebut dapat memberi inspirasi kepada pemanah-pemanah Pelapis dalam kejohanan ini. Tahniah dan syabas Malaysia !

Taklimat pasukan dibuat jam 7.45 mlm bagi menerangkan jadual pertandingan esok yang melibatkan peserta acara recurve lelaki pada sesi pagi dan recurve wanita pada sesi petang. Para atlet sekali lagi diingatkan mengenai sasaran masing-masing. Atlet juga dijelaskan mengenai pakaian serta jadual pergerakan esok.

Atlet makan malam jam 8.30 mlm disekitar Stadium Darul Aman. Semua atlet diminta tidur awal dan bangun jam 6.30 pagi untuk solat dan bersapan.

Sekian Laporan Hari Ke-3.
Rahimi Sulaiman melaporkan dari Alor Star

LAPORAN PENYERTAAN PASUKAN PELAPIS KEBANGSAAN KE KEJ MEMANAH KEBANGSAAN SIRKIT 2/2011




Hari Kedua, 5 Julai 2011 (Selasa)

Kami bersarapan jam 8.00 pagi di hotel. Latihan dimulakan jam 9.00 pagi di Stadium Sultan Abdul Halim, Jalan Sultan Abdul Halim, Alor Star. Semua atlet Pelapis Kebangsaan dan Serantau Zon Utara turun menjalani latihan. Pihak penganjur membantu menyediakan target bagi tujuan latihan ini.

Latihan tamat jam 12.00 tengahari. Atlet dibawa makan tengahari dan terus pulang ke hotel untuk rehat. Latihan pada sebelah petang hanya untuk atlet-atlet Pelapis Serantau Zon Selatan yang baru sampai pagi tadi.

Taklimat pasukan diadakan jam 8.00 mlm. Atlet diterangkan mengenai sesi sighters esok pagi dan sasaran untuk kejohanan ini. Sehingga hari yang ke-2 ini didapati semua atlet berada dalam keadaan yang baik dan bersedia sepenuhnya untuk menghadapi kejohanan ini.

Sekian Laporan Hari Kedua.

Rahimi Sulaiman melaporkan dari Alor Star

LAPORAN PENYERTAAN PASUKAN PELAPIS KEBANGSAAN KE KEJ MEMANAH KEBANGSAAN SIRKIT 2/2011


Hari Pertama, 4 Julai 2011 (Isnin)

Pasukan bertolak agak lewat dari Kuala Lumpur berikutan kecemasan yang menimpa isteri pemandu bertugas. Masalah ini tidak menjejaskan rancangan perjalanan hari ini ke Alor Star. Kami bergerak jam 1.00 petang dari Kuala Lumpur dan sampai dengan selamat di Alor Star jam 6.30 petang. Sebanyak 3 buah van digunakan bagi menampung keperluan 8 atlet Pelapis Kebangsaan, 13 Pelapis Serantau dan 16 Elit yang akan menyertai kami di Alor Star bermula 5 Julai 2011.

Kami terus menuju ke Hotel Seri Malaysia yang telah ditempah lebih awal. Proses check- in berjalan lancar dan bayaran penuh telah dibuat kepada pihak hotel. Taklimat pasukan dibuat pada jam 8.00 mlm. Atlet diberi penerangan berhubung jadual latihan penyesuaian pada 5 Julai 2011 (Selasa) dan kejohanan (6-10 Julai 2011).

Atlet makan malam di beberapa gerai berhampiran Stadium Darul Aman. Mereka diarahkan tidur jam 10.30 mlm dan bersedia untuk menjalani latihan jam 9.00 pagi esok.

Sekian Laporan Hari Pertama.

Rahimi Sulaiman melaporkan dari Alor Star

Wednesday, July 6, 2011

LAPORAN HARI KETUJUH 37TH MEN-17TH WOMEN WORLD JUNIOR WEIGHTLIFTING CHAMPIONSHIPS 2011








TARIKH KEJOHANAN : 06 JULAI 2011

MASA : 10:00 PAGI- 7:30 MALAM

TEMPAT KEJOHANAN : PENANG INTERNATIONAL SPORT ARENA(PISA)

Hari ketujuh kejohanan bersambung bagi kategori +75 kg wanita dan 94 kg lelaki dimana pada kategori +75 kg wanita, seramai 17 orang atlet telah mengambil bahagian dan bagi kategori 105 kg lelaki, hanya kumpulan B yang dipertandingkan manakala kumpulan A kategori 105 kg lelaki akan dipertandingkan pada 7 julai 2011. Berikut merupakan pencapaian pemenang serta pencapaian atlet Malaysia.

Kategori +75 kg (wanita)

Penyertaan 17 atlet

1. Nogay Nadezha (KAZ)

Snatch : 122 kg (perak)

Clean and Jerk : 148 kg (emas)

Total : 270 kg (emas)

2. Pulsabsakui Chitehnok (THA)

Snatch : 123 kg (emas)

Clean and Jerk : 147 kg (perak)

Total : 270 kg (perak)

3. Yao Chi Ling (TPE)

Snatch : 106 kg (gangsa)

Clean and jerk : 137 kg (gangsa)

Total : 243 kg (gangsa)

Berikut merupakan pencapain atlet Malaysia bagi kategori 105kg lelaki kumpulan B. Keputusan penuh akan diperolehi setelah selesai kategori 105 kg lelaki kumpulan A pada 7 julai 2011. Kategori + 105 kg lelaki turut dipertandingkan pada 7 julai 2011.

Kategori 105 kg (lelaki)

Atlet Malaysia

1. Elisha Louis Tan Kim Ho (MAS)

Snatch : 132 kg (tempat ke 7)

Clean and Jerk : 137 kg (tempat ke 7)

Total : 269 kg (tempat ke 7)

MEDAL TALLY HARI KETUJUH KEJOHANAN

Sekian

Kem Bakat Sukan Angkat Berat 2011

Hari keempat Kem Bakat Angkat Berat diteruskan dengan menyambung sesi rakaman Biomekanik oleh Cik Pri seawal 7.30 pagi dan berakhir pada jam 9.30 pagi. Peserta kem dibawa menonton Kejohanan Remaja Dunia di PISA pada jam 3 petang. Program latihan bersambung pada jam 5 petang dengan aktiviti back squat, classic snatch 50% dan 60%, clean&jerk 50% dan high pull. Suasana kem bertambah meriah dengan kehadiran 8 orang atlet dari PLN Kedah (6 Lelaki 2 wanita) bagi menyertai kem untuk program tindik bersama atlet dan jurulatih kem bakat angkat berat 2011.Pada sesi malam tayangan video analisis biomekanik bermula jam 9.00 malam.


Azrul Hisyam

Tuesday, July 5, 2011

LAPORAN HARI KEENAM 37TH MEN-17TH WOMEN WORLD JUNIOR WEIGHTLIFTING CHAMPIONSHIPS 2011







TARIKH KEJOHANAN : 05 JULAI 2011

MASA : 10:00 PAGI- 7:30 MALAM

TEMPAT KEJOHANAN : PENANG INTERNATIONAL SPORT ARENA(PISA)

Hari keenam kejohanan bersambung bagi kategori 75 kg wanita dan 94 kg lelaki dimana pada kategori 75 kg wanita, seramai 17 orang atlet telah mengambil bahagian dan bagi kategori 94 kg lelaki, seramai 21 atlet telah mengambil bahagian. Berikut merupakan pencapaian pemenang serta pencapaian atlet Malaysia.

Kategori 75 kg (wanita)

Penyertaan 17 atlet

1. Zubova Olga (RUS)

Snatch : 118 kg (emas)

Clean and Jerk : 150 kg (emas)

Total : 268 kg (emas)

2. Nurmukhabetova Anna (KAZ)

Snatch : 115 kg (perak)

Clean and Jerk : 142 kg (perak)

Total : 257 kg (perak)

3. Li Rongyan (CHN)

Snatch : 111 kg (gangsa)

Clean and jerk : 142 kg (gangsa)

Total : 253 kg (gangsa)

Atlet Malaysia

1. Nurul Hatimi Azmi (MAS)

Snatch : 70 kg (tiada angkatan)

Clean and Jerk : 85 kg (tempat ke 17 )

Kategori 94 kg (lelaki)

Penyertaan atlet

1. Mohammadpour K.Saeid (IRN)

Snatch : 175 kg (emas)

Clean and Jerk : 210 kg (emas)

Total : 385 kg (emas)

2. Zaichikov Alexdr (KAZ)

Snatch : 165 kg (gangsa)

Clean and jerk : 206 kg (perak)

Total : 371 kg (gangsa)

3. Kolomiets Evengy (RUS)

Snatch : 170 kg (perak)

Total : 355 kg (perak)

4. Cobzarius Leonard (ROU)

Clean and Jerk : 206 kg (gangsa)

MEDAL TALLY HARI KEENAM KEJOHANAN

Bagi acara pada 06 Julai 2011(rabu), melibatkan kategori 105 kg lelaki. Atlet Malaysia yang terlibat adalah Elisha Louis Tan Kim Ho

Sekian.