Thursday, July 7, 2011

LAPORAN PENYERTAAN PASUKAN PELAPIS KEBANGSAAN KE KEJ MEMANAH KEBANGSAAN SIRKIT 2/2011






Hari Ketiga, 6 Julai 2011 (Rabu)

Pasukan bersarapan seawal jam 7.00 pagi di hotel. Bertolak ke venue pertandingan jam 7.45 pagi menggunakan 3 buah van. Sighters dilakukan bermula jam 8.30 pagi. Mesyuarat Pengurus-pengurus pasukan diadakan jam 10.15 pagi diikuti sesi pemeriksaan peralatan jam 11.30 pagi.

Sighters tamat jam 1.00 petang. Atlet dibawa makan tengahari dan pulang ke hotel untuk rehat. Tiada latihan dijalankan pada sebelah petang bagi membolehkan semua atlet mendapat cukup rehat dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada pertandingan sebenar esok.

Perkhabaran yang amat mengembirakan pada sebelah petang apabila mendapat berita dari Torino, Italy bahawa pasukan memanah kebangsaan Malaysia berjaya layak ke Sukan Olimpik 2012, London setelah cemerlang menewaskan pasukan Poland dalam perlawanan playoff penentuan pasukan kelapan layak mengisi slot ke Olimpik secara automatik. Diharap kejayaan tersebut dapat memberi inspirasi kepada pemanah-pemanah Pelapis dalam kejohanan ini. Tahniah dan syabas Malaysia !

Taklimat pasukan dibuat jam 7.45 mlm bagi menerangkan jadual pertandingan esok yang melibatkan peserta acara recurve lelaki pada sesi pagi dan recurve wanita pada sesi petang. Para atlet sekali lagi diingatkan mengenai sasaran masing-masing. Atlet juga dijelaskan mengenai pakaian serta jadual pergerakan esok.

Atlet makan malam jam 8.30 mlm disekitar Stadium Darul Aman. Semua atlet diminta tidur awal dan bangun jam 6.30 pagi untuk solat dan bersapan.

Sekian Laporan Hari Ke-3.
Rahimi Sulaiman melaporkan dari Alor Star

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.