Hari Ke-4, (7 Julai 2011)
Pasukan memulakan hari ini dengan bersarapan di hotel jam 6.00 pagi. Seterusnya kamibbergerak ke venue pertandingan tepat jam 7.00 pagi. Warm up shooting dilakukan ditarget yang disedia oleh penganjur bersebelahan dewan tertutup. Latihan rasmi bernula tepat jam 8.30 pagi namun telah diberhentikan oleh Director of Shooting selama 1 jam berikutan terlalu banyak aduan target buttress yang tembus dan perlu diletakkan stopper. Ini disebabkan oleh keadaan target yang digunakan terlalu uzur akibat terlalu lama dipakai. Latihan rasmi disambung semula jam 9.30 pagi bagi 2 ends sahaja kerana kesuntukan masa akibat tergendala tadi. Pertandingan bagi jarak 90m bermula tepat jam 10.00 pagi dan tamat jam 11.45 pagi.
Acara 70m pula bermula jam 12.00 t/hari dan tamat jam 1.45 petang. Keputusan pertandingan hari pertama ini mencetuskan rasa gembira apabila Atiq Bazil Bakri berjaya mendapat pingat emas melalui acara 90m dengan catatan 300 mata. Pencapaian ini amat baik kerana beliau bukan sahaja melakukan catatan peribadi terbaik dalam pertandingan, malah turut berjaya mengatasi beberapa pemanah elit kebangsaan dan senior yang menyertai kejohanan ini. Namun prestasi lain2 atlet agak sederhana dan 2 daripadanya boleh dianggap mengecewakan. Dengan cuaca yang bagus sepanjang tempoh pertandingan, saya jangkakan bahawa sepatutnya tidak sukar untuk mereka mencapai sasaran yang ditetapkan untuk kejohanan ini.
Berikut adalah keputusan lengkap pertandingan jarak 90m dan 70m beserta analisa pencapaian atlet-atlet secara individu :-
- Atiq Bazil Bakri (Pelapis Kebangsaan B)
90m – 300 pts /1, 70m – 310 pts / 11 = 610 pts / 1
- Syafiq Izzuddin Sulaiman (Pelapis Kebangsaan A)
90m – 275 pts / 12, 70m – 304 pts / 16 = 579 pts / 13
- Nazir Omar ( Pelapis Kebangsaan B)
90m - 262 pts / 16, 70m – 316 pts / 5 = 578 pts / 14
- Fareez Haziq Shuhaimi (Pelapis Kebangsaan A)
90m – 279 pts / 10, 70m – 294 pts / 23 = 573 pts / 15
- Firdaus Ishak (Pelapis Kebangsaan A)
90m – 231 pts / 38, 70m – 303 pts / 17 = 534 pts / 27
- Hezriq Ahmad Merana (Pelapis Kebangsaan B)
90m – 128 pts / 77, 70m – 183 pts / 76 = 311 pts / 77
Sekian Laporan Hari Ke-4.
No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.