Masa :10:30 pagi-2:30 petang
Tempat : Penang International Sport Arena(PISA)
Kejohanan Angkat Berat Remaja Dunia 2011 hari ketiga pada jam 10:30 pagi bermula dengan angkatan bagi kategori 58kg (wanita)kump B dan dikuti dengan kategori 69 kg (lelaki) kump B pada jam 12:30 tnghari. Pada sebelah ptg akan berlangsung kategori 58 kg (wanita) kump A pada jam 3:00 ptg dan kategori 69 kg (lelaki) kump A pada jam 6:00 ptg. Untuk acara pada pagi hari ini bagi kumpulan B telah disertai oleh 2 atlet Malaysia iaitu Freancy Titus (kategori 58 kg wanita) dan Khairul Asmawi (kategori 69 kg lelaki). Kategori di kumpulan B telah tamat pada jam 2:30 ptg yang mana atlet Malaysia iaitu Freancy Titus telah menduduki tempat pertama bagi acara clean and jerk pada angkatan 97 kg. Keputusan penuh untuk menentukan pemenang hanya akan diumumkan setelah tamat kategori 58 kg wanita dan 69 kg lelaki bagi kumpulan A pada jam 7:30 mlm.
Sekian.
Syamsul Afzan
No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.