Wednesday, July 13, 2011

Pemantauan Silat Olahraga - Kejuaraan Silat Asia Tenggara Kali Ke-3 2011.




KEJUARAAN SILAT ASIA TENGGARA KALI KE-3 2011, KUALA LUMPUR

TARIKH : 11 HINGGA 14 JULA 2011

TEMPAT : STADIUM BADMINTON CHERAS , KUALA LUMPUR

Pemantauan Kejuaraan Silat Asia Tenggara Kali ke 3 Kuala Lumpur pada 13 julai 2011. Sebanyak 18 acara dipertandingkan dan 6 buah negara terlibat termasuk Kuala Lumpur sebagai penganjur kejuaraan ini. Negara-negara yang menyertai adalah Singapura, Brunei, Myanmar, Vietnam dan Malaysia serta melibatkan 127 orang atlet. Perasmian pembukaan telah disempurnakan oleh Presiden Pesaka Malaysia yang juga Ketua Menteri Melaka YAB Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam pada 11 Julai 2011. Seramai 9 atlet Pelapis Kebangsaan terlibat dalam kejuaraan ini. Berikut adalah senarai atlet-atlet Malaysia yang yang telah berjaya ke peringkat separuh akhir yang sedang berlansung pada hari ini.

1. Acara Putera C

Nhan Bhao Phong (Vietnam) lawan

Mohd Helmi Bin Abd Aziz (Malaysia /Elit)

2. Acara Puteri B

Noorfarhana Bt Ismail (Malaysia/Elit) lawan

Siti Farhanita Bt Maddin (W.Persekutuan)

3. Acara Putera A

Mohd Hafiz Bin Mahari (Malaysia/Elit) lawan

San Htoo (Myanmar)

4. Acara Putera D

Ahmad Shahril Bin Zailuddin (Malaysia/Elit) lawan

Muhammad Irfan Samian (Singapura)

5. Putera I

Le Si Kien (Vietnam) lawan

Azrul Bin Abdullah (Malaysia/Elit)

Berikut juga merupakan senarai nama atlet Pelapis telah berjaya ke peringkat akhir pada hari ini (13 Julai) jam8.30pm).

1. Kategori 1 : Jurus Tunggal / Putera

Mohd Tajul Zaman Bin Tajuddin (Malaysia / Pelapis)

2. Kategori Regu / Puteri

Nuraziemah Bt Abd Ghani (Malaysia / Pelapis)

Nur Hidayah Binti Musa (Malaysia / Pelapis)

Norkhuzaimah Bt Mohd Faeree (Malaysia / Pelapis )

Laporan disediakan oleh:
Mohd Razib Yahya
Pengurus Sukan
Pelapis Kebangsaan

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.