Thursday, July 28, 2011

Mesyuarat Ketua Unit Negeri Bil 3/11

Hari terakhir mesyuarat ketua unit negeri ini diteruskan dengan sesi taklimat oleh En Hafifi dan En Zulkifli Kamil daripada Cawangan Sumber Manusia. Taklimat berkaitan proses penilaian prestasi pegawai serta E-Pembelajaran ( EPSA ) diberikan supaya semua pihak faham tentang proses penilaian yang dilakukan kepada pegawai.

Disamping itu juga, Ketua Unit Perlis iaitu En Hairul Anuar telah menyampaikan taklimat ringkas berkiatan penganjuran Karnival Pelapis yang akan diadakan pada bulan Oktober di Kangar.

Sesi penggulungan atau rumusan mesyuarat ini telah dilakukan oleh En Jefri Ngadirin dan sesi mesyarat ini ditangguhkan pada tengahari.

Kepada semua Ketua Unit Negeri dan Pegawai Pembangunan Negeri, semoga semua selamat sampai ke negeri masing-masing dan selamat menyambut bulan Ramadhan....

Azrul Hisyam

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.