Sunday, July 10, 2011

ISAF VOLVO YOUTH CHAMPIONSHIP 2011 - ZADAR CROATIA

Salam Satu Malaysia,

Kejohanan ISAF world Championship edisi ke 43 merupakan kejohanan yang berjaya melahirkan jaguh jaguh dunia dari seluruh dunia . Di sinilah pelayar pelayar remaja menimba banyak Ilmu, Kejohanan ini bukan sahaja merupakan satu pertandingan taraf dunia malah ia merupakan satu program di mana pelayar pelayar di tunjuk ajar serta banyak program sampingan yang memberi banyak pendedahan kepada pelayar untuk mencapai kejayaan cemerlang di masa akan datang. Kejohanan kali ini di sertai oleh 58 Negara dengan 450 pelayar dari seluruh dunia. Negara asia yang mengambil bahagian adalah Malaysia, Singapore, Thailand , Japan, Korea, Hong Kong, India, Taiwan. Negara negara Asia mulai lihat kejohanan ini sebagai gudang ilmu bagi pelayar mereka. Bagitu juga Malaysia mulai mendapat perhatian sejak tahun lepas di mana pelayar  pelayar kita mulai mencapai kejayaan cemerlang dengan menduduki sepuluh terbaik di dunia dalam kelas Laser dan International 420. Tahun ini Pasukan negara telah menghantar 7 Pelayar dan 3 pegawai, Penyertaan kali ini juga merupakan yang terbesar. dari negara kita, seperti yang pernah saya cadangkan  Malaysia perlu menghantar pasukan penuh untuk kejohanan ini. Pada tahun Hadapan Kejohanan ini akan di adakan di Dublin UK, manakala Malaysia terus di tawarkan untuk menjadi tuan rumah bagi tahun 2014 atau 2015 bergantung kepada Persatuan Kebangsaan atau memberi kelulusan kepada persatuan negeri untuk mengendalikan .
hari ini merupakan hari kedua perlumbaan berlangsung . Keadaan angin antara 4-6 Knot amat sukar untuk pelayar negara beraksi cemerlang selepas 4 perlumbaan di adakan , kedudukan pelayar negara adalah seperti berikut:

Hari Kedua.
Perlumbaan di mulakan pada jam 1200, semua persiapan berjalan lancar.
Peserta 420 boy dijadualkan bermula 2 race sebelum pulang ke pantai
untuk tukar kepada peserta perempuan. Sistem yang julung kali
dilaksanakan di ISAF youth sailing World Championship 2011 di
Zadar,Crotia ini memberi kelainan berbanding kejohanan sebelum ini.
Ahmad Latif Khan berpasangan dengan Mohammad Nazdmi bermula perlumbaan
pertama dengan bot speed yang tidak maksimum dan menyukarkan beliau
untuk berada dalam kelompok 10. Beliau menamatkan perlumbaan pertama
pada kedudukan 28 dan perlumbaan kedua pada kedudukan 18.
Nurliyana berpasangan dengan Nurasyikin pula menamatkan kedudukan di tempoat ke 21, dengan tiupan angin lemah, perlumbaan dapat dilakukkan hanya tiga sahaja untuk peserta International 420 Girl.

Kedudukan Khairunizam untuk keseluruhan adalah tempat kelapan setelah menamatkan perlumbaan ke-11 dan ke -16, 16 dan 5 manakala Khairuneeta pelayar dari program Pelapis Kebangsaan adalah di kedudukan ke-21 , 16, 16 tiga perlumbaan di adakan setakat ini Kedudukan Geh Chow Lin berada pada kedudukan ke-10 keseluruhan selepas menamatkan kedua-dua race di kedudukan ke-15,11, 11, Satu pencapaian membanggakan bagi atlit windsurfing yang di pendedahan peringkat dunia. Dengan pencapaian cemerlang ini beliau di jangka akan menyumbang pingat pada sukan Sea akan datang.

Manakala beberapa berlumbaan masih berjalan di mana dalam kelas Int 420 Ahmad Latih Khan baru turun untuk perlumbaan ketiga.  perlumbaan selanjutnya akan dilakukkan pada 10 July 2011 pada jam 1200, dan sama-sama kita mendoakan atlit Malaysia dapat memperbaiki kedudukan yang lebih baik. Pelayar negara selepas kejohanan ini akan menyertai beberapa kejohanan dunia . Pelayar Laser (ROMZI, NIZAM , NEETA) dan Geh Chew Lin akan ke France untuk Kejohanan laser World sebelum menyertai kejohanan Olympic Test Event di Waymount London. Manakala pelayar International 470 (Nisa , Shiken, Ku Anas , Hafizuddin) akan menyertai Clinic antarabangsa, sebelum menyertai kejohanan dunia di Medamlik Holland seterusnya mereka kan menyertai kejohanan Olympic Test Event di London.  Pelayar negara akan berada di Europe selama 45 hari. Mereka juga akan menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca dan bulan puasa di mana Sukan Olympic tahun Hadapan di adakan dalam bulan puasa . Sekian dari Zadar Croatia. 
 
Mohd Afendy Abdullah
General Manager
Malaysian Yachting Association

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.