Thursday, July 21, 2011
KEM BAKAT MEMANAH PELAPIS NEGERI 2011: 20 JULAI 2011 (RABU)
LAPORAN RINGKAS
20 JULAI 2011 (RABU)
HARI KETIGA
Pada hari ketiga Kem ini berlangsung, atlet-atlet menunjukkan peningkatan dari segi semangat sepasukan dan menunjukkan sikap ingin lebih tahu mengenai kemajuan diri dan juga mematuhi semua arahan daripada jurulatih-jurulatih. Sesi pagi bermula dengan 'basic shooting' menggunakan Tera Rubber Band yang telah dibekalkan selama 1 jam dan jurulatih membuat pembetulan ke atas kesilapan yang dibuat oleh semua pemanah. Selepas waktu rehat pada jam 10, latihan menggunakan anak panah dimulakan pada jarak 10m.
Sesi petang bermula jam 2 petang dengan penyambungan 'basic shooting' selama 1 jam dikuti oleh latihan menggunakan anak panah pada jarak 10m dan dipantau oleh semua jurulatih . Sesi petang berakhir pada jam 6 petang dengan sesi 'cooling down' dan 'relaxation therapy'.
Pada sesi malam pula, satu tayangan video bertajuk "The Blind Side" di pertontonkan kepada semua pemanah-pemanah. Tujuan video tersebut ditayangkan adalah untuk memberi kesedaran kepada para pemanah betapa pentingnya untuk kita membuat keputusan, mempertahankan maruah diri dan semangat setiakawan. Sesi tamat pada jam 10.30 malam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.