Friday, September 20, 2013

6th EGAT Prince's Cup : Junior International Weighlifting Championships 2013


Tahniah kepada semua atlet Pelapis yang terpilih ke Kejohanan 6th EGAT Prince's Cup : Junior International Weighlifting Championships 2013 pada 14-19 Oktober 2013. Atlet Program Pelapis  akan bertolak ke Ubon Ratchatani, Thailand pada 12 Oktober 2013 dan pulang ke Malaysia pada  19 Oktober 2013. Sebagai persiapan ke kejohanan ini, semua atlet dan jurulatih dipohon untuk melapor diri bagi latihan pusat dan seterusnya ke kejohanan seperti ketetapan berikut :

Tarikh Lapor diri       : 01 Oktober 2013
Tarikh Latihan Pusat : 02 Oktober - 11 Oktober 2013
Tempat penginapan  : CASA  MSNM
Tempat Latihan         : Dewan Latihan Angkat Berat MSNM
 
Senarai atlet
 
1. Mohd Aznil Bidin (PK/KED)
2. Callixtus Daunis (PS/SBH)
3. Mohd Dinie Akmal Mat Lazat (PN/KED)
4. Constantine Clement (PK/SBH)
5. Mohd Azril Huzairi Ramli (PK/PHG)
6. Loro Wellkinson Peuji (PK/SBH)
7. KhairulAnuar Mohamad (PK/PHG)
8. Nur Fariesha Irwana Mohd Supian (PS/KEL)
9. Nur Shafia Irwanie Mohd Supian (PS/KEL)
10. Siti Aisyah Md Rosli (PS/KEL)
 
Senarai Jurulatih
 
1. Stefan Hristov Stefanov (PK)
2. Mohd Norshah Rizal  (PK)

Pengurus
1. Shaif Baharudin

Tuesday, September 17, 2013

Kejohanan Perlis Open 2013 - hari pertama


Salam...

Kejohanan hari pertama 13/9/2013 (Jumaat) adalah seperti berikut :

Pagi - 9.00am
A.  Lelaki Elite ( 98km Mass Start)
Penyertaan seramai :

1. Pelumba - 42 peserta
2. Team yang mengambil bahagian : 7 pasukan (Perak,MSN Elit, PDRM, Kuala Lumpur, Malaysia, TSG, Terengganu)
                                      
Keputusan perlumbaan :
1. Sofian Nabil Omar - MSN Elit
2. Amirul Anuar Jafri - Malaysia
3. Mohd. Saiful Anuar Aziz - TSG
4. Mohd. Fakhruddin Daud -:MSN Elit
5. Hoh Jin Cheng - Kula Lumpur

Pagi- 9.05am
B.  Wanita ( 74.1km Mass Start)
Penyertaan seramai :

1. Pelumba - 39 peserta
2. Team yang mengambil bahagian : 9 pasukan( Pelapis Kebangsaan, Perlis, Johor, Malaysia, Kuala Lumpur, ASZU, MSN Elit, Terengganu, Kedah).

Keputusan perlumbaan :
1. Jupha Somnet - Perlis
2. Nurul Suhada Zainal- Malaysia
3. Masziyaton Mohd. Radzi- Kedah
4. Nur Syazwana Mohd Jamil
5. Siti Fatimah Ismail

Petang - 3.00pm
C.  Men Junior ( 93.8km Mass Start)
Penyertaan seramai : Pelumba - 104 peserta
2. Team yang mengambil bahagian : 12 pasukan( Perlis, Terengganu, Perak, Akademi Serantau MSN, Pelapis Kebangsaan, Pulau Pinang, Kuala Lumpur,Kelantan,Johor, Pahang, Kedah, Selangor)

Keputusan perlumbaan :
1. Muhd. Hakimi Mohd. Khir - Pelapis Kebangsaan
2. Muhammad Faruq Daud - Johor
3. Low Ji Ming - Pelapis Kebangsaan
4. Irwandie Lakasek - Pelapis Kebangsaan
5. Muhd. Firdaus Zonis- Pelapis Kebangsaan

Untuk esok hari kedua,14/09/2013(Sabtu) acara yang akan dipetandingkan adalah :
1. Pagi 9.00am - 153.8km Mass Start
2. Pagi 9.05am - 106.5km Mass Start
3. Petang 3.00pm - 98km Mass Start

Sekian, Lapuran ringkas dari saya di Kangar, Perlis.

Suod Hussain
Jurulatih Pelapis Kebangsaan

Kejohanan lumba basikal terbuka Perlis 2013


Tarikh: 14 September 2013
Tempat:Kangar, Perlis

Hari ini melibatkan 3 kategori perlumbaan yang mana 2 sesi diadakan. Sesi pagi diadakan bermula pada jam 9.00 pagi bagi kategori lelaki elit dan wanita terbuka.Berikut adalah pemenang untuk kategori hari ini.

Kategori wanita terbuka
Distance:98km
Rider: 38 
Start 9.00 am
Finish: 12.30 pm

1. Nurul shuhada mohd zainal- Malaysia
2.Ju Pha Som Net-Msn elit
3. Masziaton mohd radzi-kedah
4.Suryani Mohamad-malaysia
5.Jaclyn Diana Andriew-Atm.

Kategori lelaki elit
Distance:152km
Start: 9.15 am
Finish: 1.00 pm

1.Mohd Nik Hazwan Zulkiflie- Pdrm
2.Mohd Saiful anuawar- Tsg
3. Muhd fakharuddin dawod- msn elit
4. Mohd sharul afiza fauzan-tldm
5.Sofian Nabil Omar Mohd Bakri- msn elit

Kategori junior lelaki
Distance:98km
Start 3.00 pm
Finish: 6.00 pm
1. Che ku mohd syamil-Terengganu
2.Azli najmi zulkepli-kuala lumpur
3.muhd mustazlee ishak- Johor

Esok akan diadakan acara kriterium bagi kesemua kategori.

Sekian.

Laporan dari Kangar oleh Azrain




Kejohanan Lumba Basikal Open Perlis 2013


Tarikh: 15 September 2013
Tempat:Kangar Perlis

Hari ini Melibatkan acara criterium bagi setiap kategori. Berikut adalah pemenang untuk acara hari ini.

Criterium wanita
Distance: 36.9km (12 laps)
Rider: 39
1.Ummi hamimah mohamad-Msn elit
2.Ju pha somnet-Msn elit
3.Nurul shuhada Mohd zainal- Malaysia


Criterium lelaki junior
Distance:36.9km( 12 laps)
Rider: 104
1.Irwandie lakasek- Pelapis kebangsaan
2.Mohd al azani- Johor
3. Mohd aziz zahit- Terengganu


Criterium men elit
Distance:49.6km
Rider: 36

1. Mohd fakharuddin dawod- Msn elit
2.Muhd ridzuan zainal-ATM
3.Zamri Salleh- ATM
4. Sofian nabil omar mohd bakri- Msn elit
5.Amirul anuar jafri- Malaysia



Laporan dari Kangar oleh Azrain

Friday, September 13, 2013

Mesyuarat KUN 02/2013

‎Mesyuarat KUN bil 2/2013 kali ini khusus membincangkan pencapaian KPI setengah tahun 2013 dan pembentangan program-program Pelapis Kebangsaan, Serantau dan Negeri di samping makluman inisiatif baru yang bakal di laksanakan oleh Cawangan Pelapis. 

Thursday, September 5, 2013

Kejohanan Memanah Terbuka UUM 2013

Salam

Semalam telah dijalankan latihan rasmi (sighters), pemeriksaan peralatan dan mesyuarat pengurus pasukan. Sebanyak 17 pasukan telah mendaftar bagi acara recurve yang membabitkan seramai 119 orang atlet 83 lelaki dan 36 wanita. 

Kejohanan kali ini tidak disertai oleh USPTN seluruh negeri dan pemanah yang hadir menggunakan peruntukan MSN Negeri masing-masing dan tiada penglibatan dari SDO negeri dan ini menyebabkan peratusan atlet yang mengambil bahagian adalah yang paling sedikit dalam sejarah penganjuran kej di UUM ini. 

Kejohanan kali turut membabitkan acara compound yang mana kejohanan ini dijadikan medan pemilihan bagi Temasya Sukan Sea nanti. 

Sesi latihan rasmi telah tamat pada jam 1 tgh hari. Pada hari ini akan dijalankan acara double 70m pusingan pertama bagi lelaki dan wanita.

Sekian.






Monday, September 2, 2013

MESYUARAT PENILAIAN PRESTASI ATLET PROGRAM PELAPIS SERANTAU, MSNM 2013

Tarikh : 02 September 2013
Masa : 3:30 pm - 10:00 pm
Tempat : Bilik Mesyuarat, Vistana
Hotel, Pulau Pinang

Seramai 14 jurulatih dari Program Pelapis Serantau telah hadir mengikuti Mesyuarat Penilaian Prestasi Atlet Program Pelapis Serantau yang mana melibatkan 6 jenis sukan iaitu sukan Angkat Berat, Berbasikal, Memanah, Olahraga, Taekwondo dan Tinju. Tujuan utama mesyuarat ini diadakan adalah bertujuan menilai prestasi atlet bagi setengah tahun pertama yang mana turut melibatkan disiplin atlet, cadangan penambahbaikan sukan dan sebagainya. Mesyuarat bermula pada jam 3:30 pm yang mana ucapan aluan oleh Ketua Unit Pelapis Serantau iaitu En. Megat dan seterusnya bersambung pembentangan bagi sukan Taekwondo, Memanah dan Tinju. Pada sesi malam, mesyuarat ini di meriahkan dengan kehadiran Pengarah Cawangan Pelapis iaitu En. Jefri Ngadirin dan Ketua Unit Cawangan Pelapis. En. Jefri turut membincangkan hala tuju program yang mana penumpuan lebih tertumpu kepada pemilihan atlet, pembentukan program ke arah Temasya Sukan Remaja bagi tahun seterusnya. Mesyuarat tamat pada jam 10:00 pm dan bersambung pada esok hari bagi pembentangan sukan Angkat Berat, Olahraga dan Berbasikal.

Sekian

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone