Monday, September 2, 2013

MESYUARAT PENILAIAN PRESTASI ATLET PROGRAM PELAPIS SERANTAU, MSNM 2013

Tarikh : 02 September 2013
Masa : 3:30 pm - 10:00 pm
Tempat : Bilik Mesyuarat, Vistana
Hotel, Pulau Pinang

Seramai 14 jurulatih dari Program Pelapis Serantau telah hadir mengikuti Mesyuarat Penilaian Prestasi Atlet Program Pelapis Serantau yang mana melibatkan 6 jenis sukan iaitu sukan Angkat Berat, Berbasikal, Memanah, Olahraga, Taekwondo dan Tinju. Tujuan utama mesyuarat ini diadakan adalah bertujuan menilai prestasi atlet bagi setengah tahun pertama yang mana turut melibatkan disiplin atlet, cadangan penambahbaikan sukan dan sebagainya. Mesyuarat bermula pada jam 3:30 pm yang mana ucapan aluan oleh Ketua Unit Pelapis Serantau iaitu En. Megat dan seterusnya bersambung pembentangan bagi sukan Taekwondo, Memanah dan Tinju. Pada sesi malam, mesyuarat ini di meriahkan dengan kehadiran Pengarah Cawangan Pelapis iaitu En. Jefri Ngadirin dan Ketua Unit Cawangan Pelapis. En. Jefri turut membincangkan hala tuju program yang mana penumpuan lebih tertumpu kepada pemilihan atlet, pembentukan program ke arah Temasya Sukan Remaja bagi tahun seterusnya. Mesyuarat tamat pada jam 10:00 pm dan bersambung pada esok hari bagi pembentangan sukan Angkat Berat, Olahraga dan Berbasikal.

Sekian

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.