Salam
Semalam telah dijalankan latihan rasmi (sighters), pemeriksaan peralatan dan mesyuarat pengurus pasukan. Sebanyak 17 pasukan telah mendaftar bagi acara recurve yang membabitkan seramai 119 orang atlet 83 lelaki dan 36 wanita.
Kejohanan kali ini tidak disertai oleh USPTN seluruh negeri dan pemanah yang hadir menggunakan peruntukan MSN Negeri masing-masing dan tiada penglibatan dari SDO negeri dan ini menyebabkan peratusan atlet yang mengambil bahagian adalah yang paling sedikit dalam sejarah penganjuran kej di UUM ini.
Kejohanan kali turut membabitkan acara compound yang mana kejohanan ini dijadikan medan pemilihan bagi Temasya Sukan Sea nanti.
Sesi latihan rasmi telah tamat pada jam 1 tgh hari. Pada hari ini akan dijalankan acara double 70m pusingan pertama bagi lelaki dan wanita.
Sekian.
No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.