Monday, December 9, 2013

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW SIRKIT REMAJA KEBANGSAAN 2/2013

Laporan Ringkas
9 Disember 2013

Hari ini adalah hari lapor diri semua pasukan yang menyertai Kejohanan Sepak Takraw Sirkit Remaja Kebangsaan 2/2013.  Kejohanan ini akan berlangsung dari 10 - 12 Disember 2013 bertempat di Center Court, Kompleks Sukan Paroi, Seremban.

Sebanyak 16 pasukan telah mengesahkan penyertaan selepas tarikh tutup pendaftaran pasukan walaubagaimana pun Pahang telah menarik diri 2 hari sebelum kejohanan di langsungkan menjadikan penyertaan 15 pasukan. Pasukan-pasukan yang menyertai adalah seperti berikut :

1. Perlis
2. Kedah
3. Pulau Pinang
4. Perak
5. Selangor
6. N. Sembilan
7. Melaka
8. Johor (SSTMI 'A')
9. Johor (SSTMI 'B')
10. Terengganu
11. Kelantan
12. Sabah
13. Johor Gemilang
14. PASTA (Terengganu)
15. Pelapis Johor (Tangkak)

Mesyuarat Pengurus Pasukan telah diadakan pada jam 8.30 malam bertempat di Bilik Mesyuarat, Majlis Sukan Negeri Sembilan. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh En. Wan Mohd Husni Hj Abdullah, Setiausaha Persatuan Sepak Takraw N. Sembilan. Turut serta dalam mesyuarat adalah En. Rohaizad Ismail, Ketua Pengadil Persatuan Sepak Takraw N. Sembilan dan En. M Rizal, Pemangku Ketua Unit, USPTN N. Sembilan.

Mesyuarat berjalan dengan lancar tanpa sebarang isu dan tamat pada jam 9.45 malam.

Sekian

Laporan dari Paroi, Seremban

Wednesday, December 4, 2013

KEM BAKAT SUKAN MENEMBAK SIRI 2/2013 (4 Dis 2013)

Hari ini merupakan hari pertama atlet kem menjalani latihan yang telah diadakan bermula jam 9.30 pagi. Sebelum latihan, atlet berkumpul untuk bagi mendengar penerangan program yang bakal dijalani sepanjang berada dalam kem oleh 3 orang jurulatih Pelapis Kebangsaan.

Pada sebelah petang, kesemua atlet dibawa ke Jungle Gym, ISN bagi mendengar taklimat oleh Apple Chee mengenai cara cara memulakan senaman dan regangan dengan betul.

Bagi aktiviti malam pula, satu sesi ice breaking telah dikendalikan oleh En Radin dan sesi berakhir pada jam 1030 malam.

Sekian, terima kasih

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, December 3, 2013

KEM BAKAT SUKAN MENEMBAK SIRI 02/2013 (3 DIS 2013)


Bagi meneruskan kesinambungan kem bakat menembak siri pertama yang telah diadakan pada bulan Mei 2013 yang lalu, pihak Cawangan meneruskan pengelolaan Kem Bakat Sukan Menembak Siri 2/2013 yang bermula pada 3 hingga 16 Disember 2013 di Lapang Sasar Menembak Gym.3, Majlis Sukan Negara.  Seramai 14 orang atlet telah terpilih bagi menyertai kem bakat ini dimana pemilihan nama atlet terpilih adalah berdasarkan pencapaian semasa atlet di kejohanan - kejohanan remaja kebangsaan yang disertai di sepanjang tahun 2013.  Senarai nama atlet kem yang terpilih adalah seperti berikut: 

Rifle Lelaki
1. Nur Muhd Izham M.Azwi (Terengganu)
2. Nabil Mashudi (Terengganu)

Rifle Wanita
1. Wan Khaleda Firdaus (Perak)
2. Nur Ain Kamari (Johor)
3. Nur Izazi Rosli (K.Lumpur)
4. Nur Aqasha Damia (Terengganu)

Pistol Lelaki
1. Siau Zianyi (Perak)
2. Safiredzuan (Terengganu)
3. Faiz Danial (Perak)
4. Noor Aizam Nuqman (Selangor)
5. Hazeeq Haqeem R.Azmi (Johor)

Pistol Wanita
1. Nurul Huda Khairul Nasir (Pahang)
2. Yvonne Ong (Johor)
3. Nurul Amiera (Johor)

Kem bermula dengan atlet mula melapor diri di Casa MSN dan pada jam 3.00 hingga 4.30 satu sesi taklimat penerangan program telah diadakan di Bilik Merbuk, Casa 2.  Pada sebelah malam pula , sebelum sesi ceramah khas dimulakan, pihak asrama melalui Warden Asrama iaitu En Ismail telah memberikan sedikit taklimat ringkas mengenai peraturan asrama yang perlu dipatuhi oleh semua penghuni asrama.  Selepas itu, program diteruskan dengan ceramah motivasi atlet yang bertajuk 'Personaliti Atlet: Winner or Loser' oleh Tn Hj Syed Abdul Rahman dari Energy Life Team (Johor).  Beliau berpengalaman luas dalam bidang ceramah motivasi atlet di pelbagai tempat dan agensi.  Selain menyampaikan ceramah, beliau juga turut menggunakan bahan interaktif media yang lain seperti tayangan beberapa clip video.  Sesi tamat pada jam 10.30 malam.

Esok merupakan hari pertama latihan yang akan dimulakan di Lapang Sasar Gym 3, MSN Sesi latihan akan dikendalikan oleh 3 orang jurulatih Pelapis Kebangsaan iaitu Sabki, Baharuddin dan Tamara mengikut kumpulan acara masing - masing.

Sekian, terima kasih


--
Nurehsan Hassan
Cawangan Pelapis
http://pelapisfuturechampions.blogspot.com

Kem Bakat Sukan Terjun Siri 2/2013

Laporan ringkas

28 November 2013

Sarapan Pagi bermula pada pukul 7.00 pagi dan pada pukul 7.45 atlet
beratur dan menaiki bas bergerak ke Pusat Akuatik Negeri

Latihan bermula pada pukul 8.30 pagi dengan sesi memanaskan badan.

Setelah selesai memanaskan badan latihan bermula latihan  Pool iaitu Basic Entry dan Basic Take off kemudian latihan di  Dry gym iaitu membuat kelenturan kaki dan tangan, simulation entry/take off serta arm stand 1minit depan/belakang dengan badan yang lurus latihan tersebut wajib dibuat sebelum membuat terjunam.


Latihan sesi pagi berakhir pada pukul 11.30 pagi dan atlet bergerak ke hotel untuk makan tengahari pada pukul 12.00 tengahari.

Pada pukul 2.15 petang atlet berkumpul dan  beratur menaiki bas bergerak ke  kolam.

Pada sesi petang pula latihan bermula pada pukul 2.30 petang dengan sesi memanaskan badan. Setelah selesai memanaskan badan latihan di kolam iaitu dengan Basic Entry (B,C) 3Meter 30kali, Basic Take Off (A,B,C) 1Meter 5kali, Forward Dive serta Back Drive

Latihan juga dibuat di trampoline iaitu  dengan Basic Jump iaitu 10 dan 3jump A,B,C sebanyak 5kali, Simulation entry/take off 5set serta latihan untuk Strenght dan Warm down dibuat di akhir latihan. Latihan dipecahkan kepada 7 kumpulan dan dibahagikan latihan secara giliran. Jurulatih juga focus kepada latihan untuk mini competition esok harinya.

Latihan berakhir pada pukul 6.00petang dan bergerak pulang ke hotel untuk makan malam.

Pada pukul 8.30 malam bermula dengan aktiviti muzik chair dan mencari harta karun. Aktiviti malam berakhir pada pukul 10.30 malam.

Sekian, terima kasih.
laporan di sediakan oleh: Nazlin shima

KEJOHANAN TREK REMAJA KEBANGSAAN SIRKIT 03/13 - LAPORAN HARI KETIGA ( 30 NOVEMBER 2013 )

Salam,

Kejohanan Trek Remaja Kebangsaan Sirkit 03/13 memasuki hari ketiga melibatkan pusingan saringan dan akhir bagi acara keirin dan separuh akhir bagi acara 200M Sprint manakala pusingan akhir bagi acara Individual Pursuit dan Scratch Race mengikut kategori umur. Beikut merupakan keputusan rasmi bagi acara berikut pada hari ini :

4KM Individual Pursuit Lelaki 19 Tahun ke atas

1 ) Mohamad Fairet Rusli ( MSN / ELIT )
     5:10.009

2 ) Abdul Rashid Ibrahim ( MALAYSIA/PKBM )
     5:10.069

3 ) Ahmad Fahmi Farhan ( MALAYSIA/PKBM )
     5:13.455

3KM Individual Pursuit Lelaki 16 - 18 tahun

1 ) Muhammad Badrul Hakimi ( TRG )
     4:02.533

2 ) Muhammad Afiq Huznie ( PK )
     4:02.979

3 ) Akmal Hakim Zakaria ( PK )
     4:03.198

2KM Individual Pursuit Wanita 16 - 23 tahun

1 ) Lauretta Eva Adrian ( PK )
     2:53.739

2 ) Nur Aisyah Bt Mohd Zubir ( ASMSN )
     2:58.733

3 ) Nurul Izzati Zaini ( MLK Straleader )
     2:49.766

2KM Individual Pursuit Wanita 13 - 15 tahun

1 ) Nor Afifah Amirah ( ASMSN )
     3:08.306

2 ) Nurul Najihah Inani ( ASMSN )
     3:17.199

3 ) Nurul Najwa Mohd Fauzi ( PAHANG )
     3:16.688

2KM Individual Pursuit Lelaki 13 - 15 tahun

1 ) Azli Najmi Zulkifli ( WPKL )
     2:34.555

2 ) Mohd Amir Imran ( PLS IPOH )
     2:43.043

3 ) Muhammad Nur Aiman ( JHR )
     2:39.319

Scratch Race Lelaki 19 Tahun ke atas

1 ) Ahmad Azhar Arshad ( MALAYSIA PKBM )

2 ) Muhamad Zul Ashraf ( MALAYSIA/PKBM )

3 ) Abdul Rashid Ibrahim ( MALAYSIA/PKBM )

Keirin Wanita 16 - 23 tahun

1 ) Nurul Suhada Zainal ( TRG )

2 ) Lauretta Eva Adrian ( PK )

3 ) Nur Aisyah Bt Mohd Zubir ( ASMSN )

Kejohanan tamat pada jam 6.00 petang dan esok merupakan hari terakhir kejohanan di mana acara tumpuan pada hari terakhir ialah Keirin dan 200M Sprint.

Sekian terima kasih

--
Mohd Fairul Fadzli Bin Ahmad Muzni

Monday, December 2, 2013

LAPORAN HARI KEDUA KEM BAKAT SUKAN ANGKAT BERAT 2/2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tarikh   : 1 Disember 2013
Masa    : 7.00 pagi hingga 10.00 malam
Tempat : Kompleks MSN Kuala Rompin, Pahang


Hari kedua kem dimulakan seawal jam 7.00 pagi dan dimulakan dengan perhimpunan pagi untuk nyanyian lagu Negaraku dan taklimat daripada jurulatih. Atlet kemudian memulakan latihan di Dewan Angkat Berat dan diberi tunjuk ajar oleh jurulatih-jurulatih. Sesi latihan dilakukan sebanyak 2 sesi iaitu satu sesi di waktu pagi dan satu sesi di waktu petang.

Bagi aktiviti malam pula, sesi suai kenal ataupun "ice breaking" diadakan bagi membolehkan atlet mengenali satu sama lain. Sesi ini dikendalikan oleh urusetia yang dipilih dan berakhir sekitar jam 10.00 malam.

Sekian sahaja bagi hari ini. Terima kasih.

--
SHA'IF BIN BAHARUDDIN
PPA ( P16 )
Cawangan Pelapis

Sunday, December 1, 2013

LAPORAN HARI PERTAMA KEM BAKAT SUKAN ANGKAT BERAT 2/2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tarikh : 30 November 2013
Masa : 9.00 pagi

Hari ini Kem Bakat Sukan Angkat Berat 2/2013 akan bermula dari 30 November hingga 6 Disember 2013bertempat di Kompleks MSN Kuala Rompin, Pahang.

Kem kali ini disertai oleh 12 atlet lelaki dan 14 atlet wanita dari program Pelapis Negeri. Penglibatan jurulatih pula adalah seramai 7 orang manakala 4 orang PPN terlibat sebagai urusetia. Ketua jurulatih bagi kem kali ini adalah Encik Nordin Jusoh (PS) dan turut dibantu oleh Encik Wang Zhi Quan (PS) dan Encik Mohd Nor Osman (PN Kedah)

Atlet-atlet bertolak jam 9.00 pagi dari Gate A, MSN ke Rompin dan tiba jam 2.00 petang. Terdapat juga atlet aeperti dari Kedah, Pahang dan Kelantan yang melaporkan diri seawal jam 12.00 tengahari. Satu taklimat telah diberikan kepada atlet dan jurulatih mengenai tujuan kem ini diadakan.

Untuk makluman tuan juga, terdapat juga atlet, jurulatih dan PPN yang akan melaporkan diri pada esok hari kerana terlibat dengan Commonwealth Championship 2013 baru-baru ini di Pulau Pinang.

Terdapat perubahan pada jadual hari ini di mana sesi ice breaking yang dijadualkan pada malam ini ditunda ke esok pagi bagi memastikan semua atlet hadir bagi sesi tersebut.

Sekian sahaja laporan untuk hari ini. Terima kasih.

SHA'IF BIN BAHARUDDIN
PPA (P16)
Cawangan Pelapis
Majlis Sukan Negara Malaysia