Tuesday, December 3, 2013

Kem Bakat Sukan Terjun Siri 2/2013

Laporan ringkas

28 November 2013

Sarapan Pagi bermula pada pukul 7.00 pagi dan pada pukul 7.45 atlet
beratur dan menaiki bas bergerak ke Pusat Akuatik Negeri

Latihan bermula pada pukul 8.30 pagi dengan sesi memanaskan badan.

Setelah selesai memanaskan badan latihan bermula latihan  Pool iaitu Basic Entry dan Basic Take off kemudian latihan di  Dry gym iaitu membuat kelenturan kaki dan tangan, simulation entry/take off serta arm stand 1minit depan/belakang dengan badan yang lurus latihan tersebut wajib dibuat sebelum membuat terjunam.


Latihan sesi pagi berakhir pada pukul 11.30 pagi dan atlet bergerak ke hotel untuk makan tengahari pada pukul 12.00 tengahari.

Pada pukul 2.15 petang atlet berkumpul dan  beratur menaiki bas bergerak ke  kolam.

Pada sesi petang pula latihan bermula pada pukul 2.30 petang dengan sesi memanaskan badan. Setelah selesai memanaskan badan latihan di kolam iaitu dengan Basic Entry (B,C) 3Meter 30kali, Basic Take Off (A,B,C) 1Meter 5kali, Forward Dive serta Back Drive

Latihan juga dibuat di trampoline iaitu  dengan Basic Jump iaitu 10 dan 3jump A,B,C sebanyak 5kali, Simulation entry/take off 5set serta latihan untuk Strenght dan Warm down dibuat di akhir latihan. Latihan dipecahkan kepada 7 kumpulan dan dibahagikan latihan secara giliran. Jurulatih juga focus kepada latihan untuk mini competition esok harinya.

Latihan berakhir pada pukul 6.00petang dan bergerak pulang ke hotel untuk makan malam.

Pada pukul 8.30 malam bermula dengan aktiviti muzik chair dan mencari harta karun. Aktiviti malam berakhir pada pukul 10.30 malam.

Sekian, terima kasih.
laporan di sediakan oleh: Nazlin shima

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.