Saturday, December 28, 2013

KEM BAKAT BERBASIKAL TREK 2013 - LAPORAN HARI KELIMA ( 27 DISEMBER 2013 )

Salam,

Kem Bakat Berbasikal Trek 2013 bersambung pada hari kelima. Sepertimana kelaziman, sesi pagi dimulakan dengan perhimpunan pagi atlet, jurulatih dan pegawai. Slot pagi juga turut diselitkan dengan sesi senaman pagi. Sesi latihan bermula pada jam 8.30 pagi dengan latihan kemahiran iaitu :

1 ) Slalom ( zig zag )
2 ) Slow riding ( balancing and coordination )
3 ) Conering
4 ) Bike handling

Selepas sesi ini, para atlet mengikuti sesi psikologi dari Unit psikologi ISN. Sesi ini dikendalikan oleh 2 pegawai dari ISN di mana sesi ini merangkumi ice breaking dan juga pembelajaran berkaitan psikologi.

Pada sesi petang, latihan diteruskan dengan mini game yang melibatkan kombinasi bagi sesi kemahiran yang dijalankan pada sebelah pagi.

Sesi malam bermula pada jam 8.30 malam dengan slot sesi video kejohanan - kejohanan yang disertai oleh atlet berbasikal Pelapis Kebangsaan dan Elit iaitu ACC UAE dan World Cup. Sesi ini juga turut melibatkan tayangan video kayuhan Chris Hoy dan Shane Kelly. Diharapkan dengan tayangan simulasi video ini akan dapat dipraktikkan oleh para atlet di trek.

Hari kelima berakhir pada jam 10.30 malam dan akan bersambung pada hari keenam kem.

Sekian, laporan hari kelima dari Velodrome Cheras.


Sent from my BlackBerry Y10® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.